Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Semenggoh Orang Hutan


Hari ni dah last dah kat Kuching, Sarawak.

Pagi2 lagi lepas bfast kat Riverside trus gerak ke Semenggoh. Tempat pemuliharaan Orang Utan. Diorang bukan bela, cuma diorang jaga Orang Utan di sini dan Orang Utan yg ada sekitar 40 ekor di biarkan bebas di dalam hutan. Kata Sarjan tempat ni memang famous di kalangan foreigners.

Dr Kuching makan masa sejam jugak la nak sampai sini. Sorang kena charge Rm4 dan percuma bagi kanak bawah 12 tahun. Sempat gak la tengok 4 – 5 ekor Orang Utan, yg lain tak dpt nak tgk pasal masih liar dan di luar kawalan. Kalau korang nak dtg sini, make sure sampai sebelum kul 9.00am. Pasal ader aktiviti yg diorang buat utk visitors.

Dah abis acara kat Semenggoh kami singgah ke Kilang Pasu Sarawak. Sempat beli 2 – 3 jenis jer, kami gegas plak ke Pasar Satok. Nak cepat pasal hari ni hari Ahad. Pasar Satok akan tutup selepas jam 2.00pm pada hari Ahad. Sib baik Sarjan terer drive dan jalan di area Kuching tak jammed cam KL.

Sempat la beli 5-6 ekor Ikan Terubuk Masin dan nicely packed dlm kotak. Nak beli Udang dan benda lain, aku takut basah plak. Harga memang murah. Last skali baru la kami singgah isi perut. Try Laksa Sarawak kat gerai depan Pasar Satok. Besttt…

nuffnang_bid = “7daffbbf82619fe523c23a8655fd2ee8”;

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.