Site icon Travel Blogger Malaysia

Trip TravelLawak Tokyo Day 1 Teaser Cari Ultraman Dan Doraemon

TravelLawak Tokyo Day 1 Teaser. Hari pertama kami di Tokyo untuk sesi trip #TravelLawak Tokyo kali ini, kami mulakan perjalanan dari tempat penginapan kami di Higashi-Jujo ke stesen Ueno. Di Ueno, kami habiskan hampir separuh hari untuk menerokai gerai-gerai yang ada di sini.

Di kawasan popular sekitar Ueno Station Tokyo, ada mempunyai outlet Hard Rock Cafe Ueno dan juga gerai-gerai di sekitar Ameyayokocho Market. Kawasan ini memang terkenal dengan pusat membeli-belah pelancong dan juga warga tempatan.

Baca : Berapa RM nak Tukar Duit Untuk Bercuti Ke Jepun

 


Trip TravelLawak Tokyo Day 1 Teaser

travellawak tokyo day 1 mrjocko 01
Tiket Subway Jepun

 

Kami sempat singgah untuk makan kebab di Doner Kebab dan membeli beberapa barangan seperti jam GShock, Tshirt, Kasut dan juga cenderahati yang dijual disekitar Ameyayokocho.

 

Dari Ueno Station, kami ke Tokyo Station dan berjumpa dengan member MrJocko dari Jepun, Atsushi untuk makan malam. Kami dibawa ke Tokyo Muslim Restaurant, antara restoran halal Muslim di Tokyo.

Baca : Tempat Best di Tokyo

Kami akhiri perjalanan kami hari pertama di sini dan esoknya kami akan jelajah lagi sehingga ke Shinjuku, Tokyo. Banyak lagi lokasi yang boleh kami tuju kalau dah sampai ke Tokyo. Senang sahaja kalau nak travel bajet di Tokyo ni, guna keretapi jer. Rangkaian jaringan landasan keretapi ni bersambung-sambung dan senang nak ke mana-mana.

 

UENO Hard Rock Tokyo
Kebab UENO Street
Seafood Bakar Jepun
Halal Muslim Restoran Tokyo

Follow #TravelLawak di Facebook dan Instagram

Layari Japan National Tourism Organization

Exit mobile version