Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hasrat Thailand Terima 3.3 Juta Pelancong Malaysia

Alhamdulillah, tahun ini memasuki tahun ketiga MrJocko berkerjasama dengan Tourism Authority of Thailand untuk mempromosikan destinasi pelancongan di Thailand sejak tahun 2013. Ternyata, sejak beberapa tahun ini, terbuka sedikit pandangan MrJocko tentang sektor pelancongan ke Thailand. Thailand sememangnya menawarkan banyak lokasi yang menarik untuk anda kunjungi dari Selatan Thai sehingga ke Utara Thai.

Pertama kali MrJocko serta Media Trip ke Satun dan Hatyai, memang sebenarnya membuka mata MrJocko tentang tempat-tempat menarik di Thailand senang untuk di lawati dari sempadan Malaysia.

Tourism Authority of Thailand sememangnya berhasrat untuk menerima lebih 3.3 juta pelancong dari Malaysia untuk berkunjung ke Thailand, tidak kira destinasi. Kenaikkan jumlah pelancong Malaysia yang melancong ke Thailand, naik sehingga 54% kepada 1.7 juta sehingga Jun 2015. Oleh kerana ini, target untuk capai 3.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand adalah sesuatu yang bukan mustahil.

Baca : Tempat Menarik di Bangkok Thailand

 


Hasrat Thailand Terima 3.3 Juta Pelancong Malaysia

tourism-authority-of-thailand-01 copy
Hasrat Thailand Terima 3.3 Juta Pelancong Malaysia

Travel to Thailand 2015

Samada anda peminat pantai, laut, pulau, memberli belah serta kebudayaan, Thailand adalah antara negara yang boleh anda lawati untuk percutian bersama keluarga, kawan-kawan atau bersama ‘company trip’.

Antara yang menarik di Thailand termasuk percutian ke Phuket, Krabi, Koh Samui, Hatyai, Pattaya, Bangkok, Chiang Mai, Chiang Rai, Hua Hin dan banyak lagi. Jika anda warganegara Malaysia, bercuti ke Thailand masih lagi satu percutian murah dan mampu milik untuk semua.

MrJocko sendiri sebagai Travel Blogger Malaysia, memang menyarankan untuk anda ambil peluang bercuti ke Thailand samada menggunakan jalan darat atau menggunakan penerbangan MAS, AirAsia, Malindo atau Fireflyz untuk percutian menarik anda ke Thailand.

Sudah pasti yang mesti anda cuba adalah menu masakan Thailand, keindahan pantai, laut dan pulau serta kebudayaan masyarakat Thailand yang masih lagi boleh anda teroka.

Its Amazing Thailand, Jom ke Thailand.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.