Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Di Health Club Novotel Hotel Taoyuan Taiwan

Hari terakhir di bumi Taiwan pada bulan Mei lepas, MrJocko menginap di Novotel Hotel Taoyuan. Hotel ni terletak bersebelahan saja dengan Taoyuan Airport. Memandangkan kami sampai awal, selepas makan malam tak tau nak ke mana, MrJocko, Naz dan Jam sepakat nak lepak kat Health Club Novotel Taoyuan.

Cadang nak keluarkan peluh sikit, nak mandi air panas dan layan spa. Sekali sekala lepak kat health club best jugak kan.

health club novotel hotel taoyuan

 


Health Club Novotel Hotel Taoyuan Taiwan

health-club-novotel-hotel-taoyuan-taiwan-01
Health Club Novotel
health-club-novotel-hotel-taoyuan-taiwan-02
Hot Bath

health-club-novotel-hotel-taoyuan-taiwan-03
Hot Bath

 

Di dalam Health Club Novotel Taoyuan ni ada kemudahan loker, gimnasium yang bersaiz sederhana, ada meja ping pong. Tak lupa ada juga kemudahan jakuzi, steam bath dan juga kolam renang bersaiz sederhana. Jakuzi sini memang beza dan boleh memuatkan sehingga 30 orang dalam satu masa. Steam bath saiz sederhana dan kolam renang 4 lane.
 

health-club-novotel-hotel-taoyuan-taiwan-04
Kolam Renang Novotel

health-club-novotel-hotel-taoyuan-taiwan-05
Locker Room Novotel

 

Masa kitaorang pakai Health Club tu, tak ramai, jadi tak la sesak nak bercampur dengan orang ramai. Kami bertiga dan ada 3 lagi tetamu hotel lain. Kira selesa sangat-sangat. Puas jugak la layan jakuzi. Kat Taoyuan bila malam cuaca agak sejuk, jadi bila guna jakuzi air panas, memang syiokkkk,,,

Pengalaman Health Club Novotel Taoyuan

Bayangkan kami selesai lepak sana sekitar jam 11.00 malam, tu pun pasal diorang dah nak tutup. Selepas Jakuzi, Steam Bath, kami masuk ke bilik persalinan, mandi siap dan boleh basuh baju dan keringkan sekali. Memang best.

Kira ini pengalaman kami yang pertama di Health Club Novotel Taoyuan. InsyaAllah kalau ada kesempatan, MrJocko akan share Health Club hotel lain pulak.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.