Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hello Kitty Bubbly World Promosi Di McDonalds Malaysia

Hello Kitty Bubbly World

Koleksi terbaru mainan di McDonalds kini kembali seawal 1 Januari 2015 dengan koleksi Hello Kitty Bubbly World di rangkaian McDonalds Malaysia. Ada 5 anak patung Hello Kitty koleksi edisi terhad hanya di McDonalds untuk anda dapatkan sehingga 29 Januari 2015.

 

Koleksi pertama datang dengan My Melody, arnab kiut yang terkenal dengan selendang merahnya. Ia sudah dijual bermula 1 Januari 2015. Kemudian akan ditambah dengan koleksi Tuxedosam, watak peguin biru yang comel bermula 8 Januari 2015.

 

Pada 15 Januari 2015, koleksi Hello Kitty Bubbly ini akan ditambah dengan kehadiran Bad Badtz-Maru, gaya peguin hitam dengan rambut pacak. Selepas itu, 22 Januari 2015 akan tiba watak Kerokerokeroppi, watak katak hijau yang suka berenang, main baseball dan juga menyanyi. Akhir sekali, 29 Januari 2015 koleksi terakhir dalam Hello Kitty Bubbly World McDonalds ini dengan koleksi Osaru No Monkichi, seekor monyet comel yang suka bercerita dan kelakar.

 

Jadi, jika anda adalah peminat Hello Kitty, dapatkan Koleksi Hello Kitty Bubbly World terbaru di McDonalds dengan hanya RM10.95 setiap satu. Koleksi terhad dan dijual sementara stock masih ada. Jualan promosi Hello Kitty Bubbly World McDonalds ini adalah mengikut Terma dan Syarat.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.