Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hello PyeongChang D-30 Event PyeongChang 2018 Winter Olympic Games

Bersempena dengan undian D-30 ke Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, Pertubuhan Pelancongan Korea (KTO) Malaysia dan Wilayah Gangwon menganjurkan acara “Hello PyeongChang D-30 Event PyeongChang 2018 Winter Olympic Games” yang akan berlangsung pada tarikh 11 hingga 13 Januari 2018 di Korea Plaza Kuala Lumpur (Plaza Korea, Tingkat Bawah, Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur).

Pada majlis tersebut, akan diadakan acara sampingan bergambar dengan Maskot PyeongChang 2018 Winter Olympic yang diberi nama Soohorang & Bandabi. Selain itu, ada juga acara, “Ucapan Untuk Kejayaan Olimpik Malaysiaboleh @ PyeongChang”, “Hit! 20180209 dan Win Soohorang & Bandabi” serta “Play Mini Ice Hockey & Curling Game”. di mana menampilkan maskot Olimpik dan Paralimpik, iaitu Soohorang & Bandabi.

Baca : Wow Pyeongchang Winter Olympic 2018

Hello PyeongChang D-30 Event

 


Hello PyeongChang D-30 Event Winter Olympic

Hello PyeongChang D-30 Event
Hello PyeongChang D-30 Event

 

Sebagai informasi tambahan, Soohorang adalah seekor harimau yang berkaitan dengan mitologi Korea, dan merupakan simbol kepercayaan, kekuatan, dan perlindungan. Bandabi pula adalah beruang hitam Asiatik, disimbolkan sebagai keinginan dan keberanian yang kuat.

“Dengan pelancaran Hello PyeongChang D-30 Event PyeongChang 2018 Winter Olympic Games, kini kami berada di peringkat terakhir.” Kata Encik Lee, Pengarah Urusan KTO Malaysia.

“Sejak beberapa tahun yang lalu terutama tahun lepas, KTO telah mempromosikan destinasi Olimpik Musim Sejuk dengan bersungguh. Terima kasih kepada kerjasama yang sangat baik oleh semua orang, kita dapat melihat hasil yang hebat dan lebih banyak peluang potensi lain di masa depan di Malaysia. 2017 adalah tahun yang dinamik dan bermakna untuk KTO Malaysia yang kami melancarkan Wow PyeongChang Supporters Malaysia kemudian menemui permata tersembunyi di bandar-bandar Olimpik serta atlet Malaysia yang menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Bergambar dengan Soohorang & Bandabi akan berlangsung pada 11 – 12 Januari 2018 pada jam 12:00pm – 12:30pm dan jam 1:00pm – 2:00pm.

Hello PyeongChang D-30 Event
Hello PyeongChang D-30 Event

Hello PyeongChang D-30 Event
 

Ucapan Malaysiaboleh @ PyeongChang kepada Atlet Malaysia akan berlangsung pada 11 – 13 Januari 2018 pada jam 11:00am – 3:00pm.

Hit! 20180209 and Win Soohorang & Bandabi akan berlangsung pada 11 – 12 Jan 2018 pada jam 12:00pm – 1:00pm dan pada 13 Jan 2018 pada jam 1:00pm – 2:00pm.

Hello PyeongChang D-30 Event Hello PyeongChang D-30 Event

 

Play Mini Ice hockey & Curling Game pada tarikh 11 – 13 Januari 2018 pada jam 11:00am – 3:00pm.

Hello PyeongChang D-30 Event
Hello PyeongChang D-30 Event

 

Seminar Khas GoGoSing Christmas in March pada tarikh 12 Januari 2018, pada jam 5:00 – 6:30 dan tarikh 13 Januari 2018 pada jam 11:00am – 12:30pm.
 

Akhir tahun 2017, laluan keretapi KTX Wonju Gangneung akhirnya mula beroperasi. Ia akan memberi impak sokongan kepada Sukan Musim Sejuk 2018 di PyeongChang ini kerana jaringan hubungan antara Incheon, Seoul dan Gangneung akan lebih dekat. Impian Korea semakin hampir dengan realiti.

“Korea Tourism Organization (KTO), ingin memberi tepukan kepada semua orang yang telah berkerja keras dalam usaha untuk mempromosikan acara monumental ini di Korea dan mengalu-alukan mereka untuk menyertai sambutan kami bersama.” tambahnya lagi.

Di samping itu, sesuatu yang lain dari kebiasaan akan diadakan. Ia satu acara seminar khas yang bertemakan Krismas pada bulan Mac khas buat pelancong ‘free and easy’ yang merancang untuk melancong ke Korea pada 13 Januari 2018. Krismas pada Mac adalah acara Hallyu dan Ski yang direka khas oleh KTO dan wilayah Gangwon untuk memperingati PyeongChang 2018 Winter Paralympic Games bersama-sama.

“Kami ingin menekankan bahawa musim sejuk masih berlangsung pada bulan Mac di wilayah Gangwon supaya pelancong Malaysia masih boleh merebut peluang terakhir untuk merasakan getaran Musim Sejuk. Wilayah Gangwon bermotivasi untuk mencipta hadiah khas untuk pasaran Asia Tenggara menawarkan pemandangan musim sejuk yang lebih indah di Gangwon bersama dengan program kebudayaan Hallyu sebagai konsert K-pop, rancangan Talk dengan pelakon dari program “Guardian, the lonely and great God” dan EDM perayaan.

“Kami berharap para pelancong Malaysia mencari festival global ini untuk menonton Paralimpik PyeongChang 2018 untuk merasakan semangat atlet yang mengatasi cabaran itu dan menikmati acara perarakan serta festival ski untuk menikmati musim sejuk sehingga akhir. Akhir sekali, wilayah Gangwon akan melancarkan pelan pemasaran di bawah tema warisan Olimpik dan Krismas ini pada bulan Mac akan ulangi setiap tahun sebagai tanda dagangan Gangwon.” Kata Cik Nuri Kim, Pengurus Pemasaran Pelancongan Gangwon.

Untuk yang bercadang ke Korea, boleh rancang perjalanan korang dan cuba terokai Incheon, Seoul dan terus ke Wilayah Gangwon dengan jaringan hubungan keretapi laju KTX yang baharu.

Maklumat lanjut Hello PyeongChang D-30 Event, boleh layari laman Fanpage Korea Tourism Organization Malaysia (KTO Malaysia) dan laman web Visit Korea Malaysia

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.