Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hidangan Siri Chef Selebriti Baharu AirAsia Santan

Ada Menu Hidangan Siri Chef Selebriti Baharu AirAsia Santan. AirAsia hari ni memperkenalkan satu lagi hidangan daripada siri Chef Selebriti, Ayam Pedas Manis Korea Chef Hong. Menu terbaharu ini boleh didapati dalam menu Santan di dalam semua penerbangan.

Menu hidangan dari negara Kimchi ‘Ayam Pedas Manis Korea (Dakgangjeong)’ baharu ini, disajikan bersama nasi putih dan sayur, merupakan kolaborasi pertama buat Personaliti TV dan pengusaha restoran terkemuka Korea, Chef Hong Seok-Cheon bersama dengan AirAsia.

Menu Hidangan Siri Chef Selebriti Baharu AirAsia Santan

Hidangan Siri Chef Selebriti Baharu AirAsia Santan

Hidangan Siri Chef Selebriti Baharu AirAsia Santan

Hidangan Siri Chef Selebriti Baharu AirAsia Santan

Kalau nak beli makanan Inflight Meals AirAsia, tempah secara online dulu, baru dapat harga yang murah.

Khas dalam menu ini, nikmati ketulan isi ayam lembut yang bersalut tepung rangup bersama sos manis dan pedas Korea yang lazat. Hidangan ini adalah rasa segala yang anda inginkan untuk menikmati hidangan seperti bintang Korea.

AirAsia sentiasa berusaha untuk menyajikan citarasa rantau ini dengan nilai hebat dalam perkhidmatan mereka. Hidangan Korea kini semakin popular dan sentiasa menjadi permintaan penumpang. Sebab ini, inisiatif diambil untuk bekerjasama dengan Chef Hong Seok-Cheon untuk menawarkan hidangan Korea yang terbaik dalam penerbangan AirAsia.”

Chef Hong menghasilkan hidangan kegemarannya ketika zaman kanak-kanak iaitu ‘Ayam Pedas Manis Korea (Dakgangjeong)’ dengan sentuhan tersendiri. Hidangan ini akan menemui penumpang jika mereka terbang bersama AirAsia.

Baca : MrJocko dan Tiket Murah AirAsia

Hidangan Siri Chef Selebriti Baharu AirAsia Santan

Hidangan Siri Chef Selebriti Baharu AirAsia Santan

Menurut Chef Hong, “Ini adalah hidangan kegemaran saya dari dulu hingga sekarang. Jadi saya amat teruja untuk bekerjasama dengan AirAsia untuk memperkenalkan hidangan Korea kepada lebih ramai orang,” katanya sambil menambah bahawa Dakgangjeong adalah hidangan pilihannya setiap masa.

Para penumpang AirAsia disarankan untuk membuat pra-tempahan kombo hidangan Ayam Pedas Manis Korea Chef Hong (Dakgangjeong) yang ditawarkan dengan minuman percuma dengan hanya berharga RM10 untuk penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan RM15 untuk penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7) ke semua destinasi AirAsia.

AirAsia RoastChicken-wth-BlackpepperSauce-Midres
AirAsia RoastChicken wth BlackpepperSauce
AirAsia Superior Fried Rice with Chicken Satay-Midres
AirAsia Superior Fried Rice with Chicken Satay
AirAsia ThaiBasil-Chicken-with-Rice
AirAsia Thai Basil Chicken with Rice

Menu Hidangan Siri Chef Selebriti Baharu AirAsia Santan 03

Menu Hidangan Siri Chef Selebriti Baharu AirAsia Santan 03

Pra-tempahan hidangan Santan boleh dibuat melalui pautan ‘Tempahan Saya’ di airasia.com untuk menikmati lebih penjimatan, pelbagai pilihan hidangan, dan keutamaan hidangan dalam pesawat.

Sebab itu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan dakgangjeong yang lazat oleh Chef Hong dalam penerbangan AirAsia bermula hari ini.

Sempena meraikan pengenalan hidangan baharu ini, AirAsia mengadakan kempen Super Sale yang menawarkan tambang rendah serta pakej percutian menarik termasuk ke destinasi di Korea seperti Seoul, Busan dan Jeju. Pelanggan dan penumpang AirAsia boleh menikmati potongan diskaun sehingga 70 peratus bagi penerbangan ke semua destinasi dan 45 peratus apabila tempahan penerbangan dan hotel dibuat bersama.

Tempah sekarang di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia sehingga 28 April 2019 (2400 GMT +8) untuk perjalanan antara 1 Oktober 2019 dan 29 Februari 2020.

AirAsia Meals

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Pra-tempahan Ayam Pedas Manis Korea Chef Hong (Dakgangjeong) tersedia untuk semua kod penerbangan kecuali penerbangan AirAsia India (kod penerbangan I5) dan AirAsia Japan (kod penerbangan DJ). Harga tertakluk kepada nilai pertukaran mata wang asing harian.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.