Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Highway Baru Padang Tengku Ke Gua Musang Sejauh 60KM

Lebuhraya Pantai Timur sudah lama menjadi impian ramai perantau yang berasal dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Yang lebih dinantikan, ialah jalan baru yang lebih besar dan selesa merentasi Banjaran Titiwangsa dari Bentong, Pahang hingga ke Kota Bharu, Kelantan. Untuk perjalanan balik kampung musim hari Raya Aidiladha 2018, kami mencuba Highway Baru Padang Tengku Ke Gua Musang sejauh 60km yang baru dibuka.

Highway ini ini lebih dikenali sebagai LEBUH RAYA UTAMA TENGAH (Central Spine Road) atau Lebuh Raya CSR dan dijangka siap dalam masa beberapa tahun lagi. Yang menarik, lebuhraya ini tidak dikenakan TOL, setakat entry blog ini ditulis.

Highway Baru Padang Tengku Ke Gua Musang
 

Highway Baru Padang Tengku Ke Gua Musang
 

Entry sebelum ini, MrJocko pernah kongsi, pembukaan highway dari Padang Tengku ke Merapoh di negeri Pahang. Masa tu perjalanan cuma sejauh 35km dan menjimatkan sekitar 30 minit masa perjalanan.

Kini ia dibuka dengan lebih jauh. Kali ini dari Padang Tengku, korang akan dibawa keluar sehingga ke susur Kampung Persit, sempadan dengan Gua Musang.

Ini bermakna, keluar dari lebuhraya yang baru dibuka ini, tak sampai 10 minit anda akan sampai di Hentian Gua Musang. Lebih cepat kerana perjalanan dari Padang Tengku ke susur keluar ini menjimatkan masa hampir Satu Jam perjalanan.
 

Highway Baru Padang Tengku Ke Gua Musang

Highway Baru Padang Tengku Ke Gua Musang

Highway Baru Padang Tengku Ke Gua Musang

Sebelum ini, jalanraya di sini lebih dikenali dengan nama Malaysia Federal Route 8, iaitu Jalan Persekutuan Malaysia 8. Kalau tak silap ia dibawah kelolaan Kerajaan Persekutuan.

Kalau sebelum ini, jalan di sini sempit, banyak lubang, tiada lampu di waktu malam, kini dengan adanya Lebuhraya Padang Tengku ke Gua Musang ni, banyak membantu perantau seperti MrJocko untuk pulang ke kampung dengan lebih selesa.

Sepanjang perjalanan, laluan 2 lanes ini banyak membantu. Ia lebih luas, jalan yang masih lagi cantik dan setakat ini, tidak ada banyak ‘bumping’.

Had laju Highway Padang Tengku ke Gua Musang ini adalah 90/kmj. Jangan tersalah pecut 110/kmj pulak. Nanti kalau ada speed trap Polis Trafik, memang kena saman la jawabnya.

Untuk semak laluan di Lebuhraya Padang Tengku ke Gua Musang ni, boleh la laman Facebook Central Spine Road.

Updated : Balik kampung kali ini (20 Ogos 2018) bergerak jam 9.30am dari Bentong dan sampai di Kampung Tualang Tinggi sekitar jam 3.00pm. Alhamdulillah, jalan tak sesak.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.