Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hinoki Village Chiayi Perkampungan Jepun Pertama Taiwan

Chiayi memang ada banyak lokasi menarik yang wajib anda singgah. Satu lagi yang menjadi pilihan utama MrJocko kalau ke Chiayi, Taiwan, ialah Hinoki Village Chiayi Perkampungan Jepun Pertama di Taiwan. Kawasan ini antara penempatan pertama orang-orang Jepun ketika datang ke Taiwan.

Hinoki Village di Chiayi ini sebenarnya terdiri daripada 28 buah ‘kuarters asrama’ pekerja Jepun dengan gaya senibina kayu, cara asli Jepun. Terdapat beberapa kuarters lama yang kini di ubah menjadi ‘kedai jualan’ budaya Jepun yang kreatif seperti perabot kayu dan makanan seperti aiskrim buah-buahan, serta beberapa muzium kecil seperti Kano Story House yang telah popular sejak filem “Kano” dikeluarkan.

Di Hanoki Village juga, selalu juga diadakan pameran yang berkaitan diadakan bersesuain dengan tema ‘Budaya Jepun’.

Sejarah Hinoki Village Jepun di Chiayi Taiwan

Hinoki Village in Chiayi Taiwan

 

Alishan adalah satu destinasi pergunungan yang terkenal sejak dari zaman pendudukan Jepun lagi di Taiwan. Untuk info, Jepun menduduki Negara Taiwan selama 50 tahun dan sehingga kini, banyak budaya Jepun ada dalam budaya Taiwan. Sejak zaman Jepun, ia telah dipanggil sebagai tiga ‘Hutan Taiwan’ termasuk dengan Taipingshan dan Baxianshan.

Chiayi City juga titik permulaan rangkaian kereta api hutan Alishan. Seluruh bandar di Taiwan, Chiayi City masih menyimpan banyak seni bina lama berkonsepkan Jepun beratus tahun dulu dari era pembalakan, yang bukan sahaja menjadi kebanggaan Chiayi tetapi juga aset budaya yang paling berharga di Taiwan.

Cypress Forest Life Village pada asalnya “Kuarters Asrama Chiayi Forest”, adalah tempat terletaknya Biro Perhutanan, Pejabat Gabenor Jeneral di Taiwan dalam tempoh penjajahan Jepun. Ia juga merupakan kampung perhutanan yang paling awal di Taiwan, di mana ia merangkumi kawasan kira-kira 3.4 hektar.

Alishan Forest Railway ini bermula dari Stesen Beimen, Chiayi, di mana kayu balak yang ditebang dan diangkut menuruni gunung. Dulu, ia antara aktivi pembalakan yang terkenal di Taiwan dan menjadi salah satu sumber utama Taiwan. Semua adalah hasil yang dimulakan oleh Jepun.
 

Hinoki Village di Taiwan Hinoki_Village_Taiwan_01 Hinoki_Village_Taiwan_02 Hinoki_Village_Taiwan_05

Kano, Filem terbaik yang mempopularkan Hinoki Village Chiayi

Cypress Forest Life Village masih lagi mengekalkan 28 buah bangunan kayu bersejarah ini yang menggunakan kayu cypress, dan bahan-bahan bangunan menggunakan Cypress. Memandangkan pemeliharaan bangunan bersejarah bukan senang, pihak yang menjaga kawasan ini, termasuk Hinoki Village, berusaha sebaik mungkin untuk mengekalkan keaslian kawasan sejarah ini dan terpelihara dengan baik. Ini untuk memastikan pelancong akan dapat melihat sejarah seni bina kayu struktur Jepun dengan konsep budaya Chiayi’s Forestry untuk mewakili bangunan Cypress tradisional Jepun di Taiwan.

Sebenarnya, MrJocko pertama kami mendengar tentang destinasi Hinoki Village Chiayi ini. Pertama kali sampai sini, suasana memang berubah dan seumpama berada di Jepun. Senibina asli di sini memang mengujakan kami, pelancong luar dari Taiwan.

Hinoki Village di Taiwan Hinoki_Village_Taiwan_07 Hinoki_Village_Taiwan_08 Hinoki Village di Taiwan

Hinoki_Village_Taiwan_14 Hinoki_Village_Taiwan_13 Hinoki Village di Taiwan Hinoki Village di Taiwan

Lokasi Hinoki Village Chiayi ini tidak la jauh sangat dari pusat bandar dan boleh di akses menggunakan Keretapi, Bas dan semestinya Teksi. Sangat berbaloi kalau ke sini, dan MrJocko pasti anda tidak akan puas mengelilingi kawasan di Hinoki Village ini seharian kerana ia mempunyai banyak tarikan yang boleh anda lawati.

Terima kasih kepada AirAsiaX yang menerbangkan MrJocko dari KLIA2 ke Kaohsiung dan Ground Arrangement terbaik dari Taiwan Tourism Bureau untuk trip dari Kaohsiun – Alishan – Chiayi – Tainan.

Maklumat lanjut tentang perkampungan Jepun di Taiwan ini, baca di pautan ini https://travel.chiayi.gov.tw/travel-content?id=8&lang=en

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.