Live Dari Holiday Inn Alpensia PyeongChang Resort di Korea
|Alhamdulillah, pagi ini bangun dengan penuh semangat selepas hari pertama di Korea. Semalam check in di Holiday Inn Alpensia PyeongChang. Memang terbaik hotel bertaraf 5 bintang ni.
Pagi ni bangun seawal jam 4.00am dan breakfast jam 7.00am. Sempat pusing keliling hotel dan bergambar di Ski Resort ini yang akan menjadi Hotel utama sempena Winter Olympic 2018 di PyeongChang.
Cuaca Sejuk di Korea
Bayangkan cuaca sejuk di Korea ini ada di Malaysia. Bestkan? Tambah pula di Korea pemandangan sekeliling sangat cantik, apatah lagi di kawasan pergunungan seperti di PyeongChang ini.
Pemandangan terbaik dan memang sejuk kerana suhu sekitar 9° Celcius. Banyak view yang cantik dan kalau musim Salji, kat sini memang indah sangat-sangat. Harga bilik pun naik mencanak bila musim salji. Sekarang kami dah check out dan ready untuk kembali ke Seoul untuk itinerary seterusnya…
Glamorous MrJocko