Homestay Kampung Lonek Ada Suasana Kampung Sebenar
Antara yang menjadi pilihan dalam Nota Kembara Bersama MrJocko Musim Pertama ialah lawatan kami ke Homestay di Jempol ini. Homestay Kampung Lonek Ada Suasana Kampung Sebenar dan ia satu kemestian untuk anda yang ingin rasakan pengalaman kampung yang sebenar.
Homestay Kampung Lonek diperkenalkan pada bulan Disember 2004 dan beroperasi sepenuhnya pada bulan Januari 2005.
Program homestay menawarkan pengalaman kepada pelancong untuk mengalami kehidupan masyarakat yang rata-ratanya masih mengamalkan kehidupan sebagai masyarakat Minang dan mengamalkan adat perpatih.
Keunikan adat perpatih ini masih dapat dilihat melalui seni reka bentuk rumah, amalan adat dan budaya seharian, dialek dan loghat percakapan serta masakan cili apinya.
Program inap desa ini biasanya dilalui selama beberapa hari dan para pelancong akan mengalami sendiri pengalaman tinggal bersama keluarga angkat.
Homestay Kampung Lonek
Kampung Lonek ialah antara kampung yang menjadi Ikon kepada banyak kampung khasnya di Negeri Sembilan. Kampung ini, beberapa kali dinobatkan sebagai Juara dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Pelancongan termasuklah dalam Pertandingan Kampung Tercantik.
Kampung Lonek punyai pemandangan sawah padi yang cantik, kebun buah serta beberapa industri kecil menghasilkan kraf tangan yang diperbuat daripada rotan, pandan, daun mengkuang dan buluh. Pengunjung juga berpeluang menikmati masak lemak cili api asli yang popular di Negeri Sembilan.
Terdapat juga kilang kecil membuat sos soya, sos cili dan juga makanan istimewa tempatan yang diperbuat daripada kacang soya, yang dipanggil tempe.
No telefon Homestay Kampung Lonek yang boleh anda cuba.
Untuk anda yang lebih aktif, mahukan kelainan selain dari hanya pemandangan dan penginapan, terdapat aktiviti kampung yang boleh anda sertai seperti permainan tradisional, demonstrasi masakan, aktiviti memancing, mengoca ikan, pesta mengemping padi, persembahan kebudayaan serta kraftangan.
MrJocko sendiri bersama rakan Crew berpeluang menyaksikan beberapa persembahan yang dipersembahkan kepada pengunjung yang menginap di Kampung Lonek. Ia satu persembahan tradisional yang berasal dari kampung tersebut.
Nak tahu apa lagi yang menarik tentang Kampung Lonek, Jempol, Negeri Sembilan, jangan lupa untuk menonton siaran travelogue Nota Kembara Bersama MrJocko di Saluran RTM dan BES bermula bulan Disember 2017 nanti.
Related
Related Posts
-
Percutian Musim Sejuk Hokkaido Hari Kedua Mount Usu Lake Toya Rusutsu Resort2 Comments | Dec 23, 2017
-
Pengalaman Nhan Moddang Kayaking Pakej Harga THB200No Comments | Apr 1, 2020
-
Tempat Sewa Baju Ski Elysian Gangchon Ski ResortNo Comments | Apr 26, 2023
-
Kim Yong Market Hatyai ThailandNo Comments | Jun 3, 2019
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.
Add a Comment
Cancel reply
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.
asri banget tempatnya