Homestay Kampung Pachitan Port Dickson Negeri Sembilan
|Homestay Kampung Pachitan yang terletak di daerah Port Dickson merupakan salah satu produk Homestay yang sangat terkenal di Negeri Sembilan. Di kampung ini, anda akan berpeluang merasai cara menginap di homestay atau ‘inap desa’ yang sebenar kerana penduduk di Kampung Pachitan ini sudah lama aktif dengan konsep Homestay Kampung Pachitan Port Dickson.
Walaupun Homestay Pachitan ini terletak lebih kurang 20 kilometer dari bandar Port Dickson, ia tetap menarik tumpuan pelancong tempatan dan luar negara untuk merasai pengalaman menginap di suasana kampung yang sebenar dengan pakej inapan yang sangat berbaloi.
Baca : Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Homestay Kampung Pachitan
Bulan November 2013 yang lepas, MrJocko dan rakan media dijemput untuk ke Kampung Pachitan bagi majlis perasmian Negeri Sembilan Food Trail 2013. Kami para media di hidangkan dengan menu makanan tradisi mereka iaitu Nasi Ambeng dan juga persembahan kebuyaan masyarakat Kampung Pachitan. Dalam majlis ini juga kami dihidangkan dengan pelbagai menu lain yang menarik seperti kuih muih tradisi dan juga produk hasil kampung yang mereka usahakan.
Sejarah Kampung Pahitan ini di katakan berasal dari Kampung Pachitan di Jawa Timor. Siapa yang membuka kampung ini tidak dapat dipastikan tetapi mereka memang berasal dari Pachitan, Jawa Timor. Cara hidup masyarakat di sini memang menyerupai cara hidup masyarakat di Pachitan, Jawa Timor, Indonesia.
Antara pekerjaan utama masyarakat di Homestay Kampung Pachitan di awal penempatan mereka ialah bekerja sebagai peladang samada menanam pokok kopi, kelapa dan sekarang beralih kepada kebun getah. Selain dari ini, dengan kewujudan homestay Kampung Pachitan, mereka aktif dalam industri kecil dan sederhana dan pembuatan makanan secara kecil-kecilan.
Homestay Kampung Pachitan Negeri Sembilan
Di Homestay Kampung Pachitan ini, memang sudah terkenal dengan konsep homestay yang sangat berjaya. Bukan sahaja ia menjadi tumpuan pelancong tempatan, ia juga menjadi pilihan pelancong luar negara. Sewaktu MrJocko berkunjung ke sana, ada sekumpulan pelajar dari Jepun sedang menjalankan aktiviti ‘Program Anak Angkat’ di Homestay ini selama seminggu.
Mungkin kalau anda mahukan pengalaman hidup di kampung dengan cara hidup kampung yang sebenar, anda boleh ke Homestay Kampung Pachitan, Port Dickson. Ia akan memberikan anda satu pengalaman yang unik dan lain dari pengalaman inap desa anda sebelum ini.
Kalau tak nak duduk homestay, boleh juga stay kat hotel mewah. MrJocko ada review Avillion Port Dickson – http://www.mrjocko.com/2013/12/hotel-review-avillion-port-dickson.html
Entry ini menyokong Tourism Negeri Sembilan dan Tahun Melawat Malaysia 2014.