Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pakej Bilik Murah Aktiviti Menarik Homestay Kampung Patau-Patau

Mencari destinasi yang rare di Malaysia, sudah pasti satu lagi cadangan saya untuk anda ke Wilayah Persekutuan Labuan. Untuk anda yang tak pernah menginap di Kampung Air, apa kata cuba Pakej Bilik Murah Aktiviti Menarik Homestay Kampung Patau-Patau. Ia pastinya satu pengalaman baru menginap di homestay kampung air di Labuan dengan aktiviti yang sangat menarik.

Harga pakej penginapan di Kampung Air seperti ini pasti menjimatkan anda semua. Lebih-lebih lagi, dengan konsep inapan seperti ini, pelancong akan dapat belajar tentang sejarah setempat, budaya dan pelbagai aktiviti masyarakat dengan mudah.

Pakej Bilik Murah Aktiviti Menarik Homestay Kampung Patau-Patau

Homestay Kampung Patau Patau Labuan 01
Homestay Kampung Patau-Patau Labuan

Homestay Kampung Patau Patau Labuan 02 copy

Ketika kami singgah di Homestay Kampung Patau-Patau 2, kami disambut oleh Pemilik Homestay Puan Sahadiah Mangsur. Boleh tahan meriah dengan sambutan pelbagai menu makanan tradisional orang Brunei Labuan di Kampung Air ini.

Untuk info, sejarah penduduk Kampung Air di Labuan dikatakan berasal dari perkampungan air di Brunei dan telah berpindah di Labuan sejak ratusan tahun yang lepas.

Terhidang didepan kami adalah makanan tradisi terkenal Ambuyat, Jelurut dan juga beberapa menu lain yang sangat terkenal di Labuan, Brunei dan Sabah. Tidak ketinggalan, ada ketam bunga goreng garing dan juga ketam buttermilk. Sayuran lain juga memang menyelerakan, termasuk gulai lemak rebung yang berbeza dengan cara masakan orang Semenanjung.

Homestay Kampung Patau Patau Labuan 07
Cara Memasak Ambuyat
Homestay Kampung Patau Patau Labuan 08
Homestay Kampung Patau Patau Labuan 08
Homestay Kampung Patau Patau Labuan 09
Ambuyat
Homestay Kampung Patau Patau Labuan 10
Homestay Kampung Patau Patau Labuan 10

Untuk mereka yang melancong keseorangan ataupun berkumpulan, boleh la cuba untuk menginap di Homestay Kampung Patau-Patau ini. Ada banyak homestay dikawasan ini termasuk homestay Puan Sahadiah, yang memiliki 2 bilik untuk 2 paxs. Tidak terhad kepada makanan sahaja, kalau nak rasa aktiviti laut, boleh ikut orang kampung menangkap ketam ataupun memancing ikan di hadapan homestay sahaja. Sangat menarik…

Baca : Destinasi Best di Wilayah Persekutuan Labuan

Homestay Kampung Patau Patau Labuan 04
Bilik Homestay Kampung Patau Patau
Homestay Kampung Patau Patau Labuan 05
Homestay Kampung Patau Patau Labuan 05
Homestay Kampung Patau Patau Labuan 03
Ruang Tamu Homestay Kampung Patau Patau

Memandangkan di Labuan jarang sangat mengalami kesesakan jalanraya, jarak dari Kampung Patau-Patau ke kawasan bandar utama di kawasan Ujana Kewangan Labuan hanya memakan selama 10 minit pemanduan dengan kereta atau menaiki GrabCar.

Kalau nak tahu mana lagi tempat yang menarik di Labuan, boleh layari Labuan Tourism.

Nota Kaki : Kamera dan Lensa untuk trip ini ditaja oleh Lens Library

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.