Honey Prime Roast Di Restoran Rasamas
|
Minggu lepas MrJocko singgah di Hospital Tawakkal, Jalan Pahang untuk melawat salah seorang bekas rakan sekerja yang terlibat dalam kemalangan. Sekarang, masih lagi dalam wad di Hospital Tawakkal selepas menjalani beberapa pembedahan. Nasib dia pun kurang baik kerana tiada beli Takaful, tiada la dapat sedikit benefit untuk mengurangkan beban kos repair motorsikal dan sedikit pampasan kemalangan.
Dah sampai situ, tengahari, perut lapar la pulak, so MrJocko ajak si Abi join sama lunch kat Restoran Rasamas. Hari tu, MrJocko cuba menu Honey Prime Roast Chicken dengan Sup Kosong. Harga pun murah, RM6.95 jer pun untuk satu set termasuk air. 🙂
Sedap, ayam tu ada rasa manis sikit dan memang puas hati la. Cuma portion tu sikit, tak macam portion biasa. tapi, takpa la, boleh diet 🙂
MrJocko.com