Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Banyan Tree Kuala Lumpur Baru Akan Di Buka 15 Jun 2018

Ada tarikan hotel terbaru di Malaysia. Hotel Banyan Tree Kuala Lumpur Baru Akan Di Buka 15 Jun 2018, dan ia sudah diberitakan secara rasmi. Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kawasan Segitiga Emas, pusat komersial, membeli-belah dan hab hiburan di Malaysia. Hotel ini, Banyan Tree Kuala Lumpur akan menawarkan tetamu pengalaman penginapan yang selesa di tengah-tengah kesibukan bandar besar.

“Hotel seperti ini, Banyan Tree Kuala Lumpur direka khas untuk mereka yang sibuk di Kuala Lumpur, tetapi dalam masa yang sama, masih ada peluang untuk pulang ke ‘rumah’ dalam keadaan yang selesa,” kata Encik Anders Dimblad, Ketua Pengurus Banyan Tree Kuala Lumpur.

“Kami telah menyatukan sentuhan ‘signature’ Banyan Tree yang terbaik termasuk perkhidmatan resort untuk menawarkan tetamu kami ‘Tempat Rehat’ sejati.

Hotel Banyan Tree Kuala Lumpur

banyan tree kuala lumpur

Lokasi hotel ini terletak kira-kira 60 km dari lapangan terbang KLIA dan mengambil masa sekitar 1 jam dengan hotel limousine. Pihak hotel menyediakan pakej tempahan awal hotel limousine sekurang-kurangnya satu hari lebih awal dari tempoh ketibaan tetamu mereka di lapangan terbang.

Ataupun, tetamu boleh menggunakan cara alternatif dengan menaiki jaringan keretapi KLIA Express dari KLIA atau KLIA2 yang hanya mengambil masa cuma sekitar 28 minit ke KL Sentral. Dari Stesen KL Sentral, ambil teksi untuk ke Hotel Banyan Tree Kuala Lumpur dengan hanya 20 minit.

banyan tree kuala lumpur

banyan tree kuala lumpur

Lobby banyan tree kuala lumpur

lobby banyan tree kuala lumpur

pool banyan tree kuala lumpur

Baca : Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Dari Hotel Banyan Tree Kuala Lumpur ke Petronas Twin Towers atau KLCC ia mengambil masa sekitar 10 minit dengan teksi atau sekitar 20 minit masa berjalan kaki. KLCC terletak sekitar 2.6 km dari hotel.

Mencari menu makanan ‘Street Food’ terkenal di Kuala Lumpur, tetamu hotel boleh ke Jalan Alor dengan hanya sekitar 8 minit waktu menaiki teksi. atau sekitar 15 minit jika berjalan kaki.

Masa untuk membeli belah, pilihan terbaik ialah untuk ke Pavilion Kuala Lumpur. Ia adalah pusat membeli belah terbesar di Malaysia dan hanya terletak sekitar 100 meter dari pintu hotel. Hanya perlukan 5 minit jalan kaki sahaja.

Mungkin tetamu mahukan sesuatu yang penuh sejarah. Boleh cuba singgah di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Dataran Merdeka (Merdeka Square) kebiasannya ada banyak aktiviti yang dianjurkan hampir setiap minggu. Ia terletak hanya sekitar 4 km dari hotel dan perlukan sekitar 15 minit dengan kereta.

banyan tree kuala lumpur

room banyan tree kuala lumpur

spa banyan tree kuala lumpur

spa banyan tree kuala lumpur

banyan tree kuala lumpur

Untuk yang berminat kepada Royal Museum atau Muzium DiRaja, boleh terus ke lokasi yang terletak kira-kira 5 km dari hotel. Ia merupakan bekas penginapan Agong dan kini dijadikan Muzium. Masuk adalah PERCUMA.

Last sekali, antara yang menjadi tarikan lain sekitar Kuala Lumpur ialah di Batu Caves. Kuil Hindu ini mempunyai ‘Patung Hindu’ terbesar di Malaysia. Ia terletak kira-kira 20 km dari hotel dan boleh di akses dengan Komuter dan juga Teksi.

Kuala Lumpur adalah sebuah kota multikultural yang sejati, dengan budaya kaum Melayu, Cina dan India memainkan peranan yang penting. Menambah kemodenan progresif, persekitaran yang kreatif dan fesyen yang berkembang pesat dan semakin banyak permulaan teknologi, dan anda akan mendapati bahawa Kuala Lumpur adalah metropolis yang punyai banyak tempat menarik untuk ditawarkan kepada pelancong.

Alamat Banyan Tree Kuala Lumpur :
2 Conlay Road, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603 2118 2130
Fax : +603 2118 2131
Email : kualalumpur@banyantree.com

Atau terus layari laman web rasmi mereka di sini www.banyantree.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.