Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel City Star Di Sandakan Hotel Murah Simple Tapi Best

Masa aku cari info pasal Sandakan, banyak kali aku survey hotel-hotel area bandar Sandakan ni. Banyak senarai hotel yang keluar kat carian Google, adalah senarai hotel-hotel tiga atau empat bintang. Semua average harga RM180 untuk satu bilik Standard. Tapi, lepas buat banyak carian, akhirnya terjumpa Hotel City Star Di Sandakan Hotel Murah Simple Tapi Best.

 

Hotel City Star Di Sandakan Hotel Murah Simple Tapi Best

Masa kami ambik teksi dari Sandakan Airport tadi, aku buat-buat muka tak malu tanya Uncle driver tu mana hotel yang okay dan murah sekitar Sandakan. Lepas dia tanya berapa budget aku, terus Uncle ni bawak aku ke Hotel Sandakan.

Sampai sahaja sini, pergi kaunter hotel, sekali tanya yang ada kosong skang cuma Deluxe room RM270, fuh!!! Mahal…
 

Hotel City Star Di Sandakan Hotel Murah

Baca : Antara Hotel Yang Pernah Travel Blogger Review
 

Kami kemudiannya terus beralih ke hotel berhampiran dan terus masuk ke satu hotel yang bernama Hotel City Star. Nampak macam hotel dua bintang jer, tapi dalam nampak cantik. Bila tanya pasal room rate, standard room dengan dua tilam single cuma RM68 sajer. Wah! ini sudah cukup baik. Terus bayar dan masuk bilik.

Dan yang paling best, bilik kami pun ade WIFI Percuma, best kan? Boleh surf sampai lebam,,, Berbaloi dapat cari hotel dengan harga murah di Sandakan.

Jadi, hari ni rest jer, pusing town Sandakan yang tak seberapa besar ni, esok baru start projek jalan2 ke Sepilok.

Nak lihat harga bilik di Hotel City Star Sandakan semak di laman Trivago Malaysia

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.