Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Crown Metropol Melbourne : Hotel Terbaik Di Tengah Melbourne

 

Andai anda mencari lokasi hotel yang terbaik di Melbourne, anda mungkin boleh cuba Hotel Crown Metropol Mebourne kerana ia sememangnya sebuah hotel yang terkenal dan terbaik di Melbourne. Sudah pasti anda akan teruja jika berpeluang menginap di sini, salah satu hotel yang mempunyai ciri-ciri terbaik pilihan ramai eksekutif jika travel ke Melbourne.

 

Hotel Crown Metropol Melbourne mempunyai 6 jenis bilik yang mungkin akan menjadikan pengalaman percutian dan penginapan anda di hotel adalah sesuatu yang terbaik. Samada anda memilih untuk Luxe King or Twin, City Luxe, Bay Luxe King, Component Room, Loft atau Aapartment, setiap unit bilik di sini memang terbaik di dalam kelasnya.

 

MrJocko berpeluang menginap satu malam di bilik City Luxe yang bernilai dari AUD328 satu malam bersama dengan sarapan pagi. Ia mungkin nampak agak mahal, tetapi sebenarnya itu adalah antara rate yang biasa anda akan bayar jika menginap di hotel 5 Bintang seperti di Hotel Crown Metropol Melbourne ini.

 

 

 

Hotel Crown Metropol Melbourne

 

Hotel Crown Metropol Melbourne

 

Hotel Crown Metropol Melbourne

 

Hotel Crown Metropol Melbourne

 

Hotel Crown Metropol Melbourne

 

Hotel Crown Metropol Melbourne

 

Hotel Crown Metropol Melbourne

 

 

 

MrJocko check-in masuk ke hotel Crown Metropol Melbourne pada jam 3.30 pagi waktu Melbourne dan Check-Out pada jam 9.00 pagi keesokkannya kerana kami akan terus ke Yarra Valley. Namun, walaupun hanya menginap di sini selama satu hari lebih sahaja, pengalaman berada di Hotel Crown Metropol Melbourne memang terbaik kerana servis front desk Kaunter, Room Service dan juga kitchen Cafe untuk sarapan memang terbaik.

 

Sangat frust kerana tidak sempat mencuba Fitness Centre, Gym, Spa dan juga kolam mandi sementara menginap di Hotel Crown Metropol Melbourne ini.

 

Sudah pasti, Hotel Crown Metropol Melbourne ini diberikan status 5 Bintang dan mempunyai kolam mandi hotel yang sangat cantik di Melbourne. Hotel ini mempunyai sebanyak 658 bilik termasuk suite untuk kemudahan tetamu hotel.

 

 

 

Hotel Crown Metropol Melbourne
Crown Metropol Swimming Pool

 

 

 

Dari segi ruang bilik, untuk City Luxe ini memang sangat selesa. Ada katil King Size, Sofa Bed, Meja Tulis dan juga ruang hall yang luas. Ada disertakan almari dan bilik air yang sangat best. Sudah pasti kalau boleh anda tidak mahu keluar dari bilik kerana ingin berehat di dalam bilik yang sangat selesa ini.

 

Untuk anda yang bercadang untuk menginap di sini, bilik bermula dari AUD268++ dan boleh terus ke alamat : 

Crown Metropol Hotel, 

8 Whiteman Street, Crown Towers, 

Southbank VIC 3006, 

Australia

 

Tips Hotel Di Australia

1. Kebanyakkan Hotel di Melbourne mengamalkan Check-In Time – 2.00pm dan Check-Out Time – 11.00am

2. Biasanya tiada kemudahan Berus Gigi, Ubat Gigi tidak seperti hotel bertaraf 5 Bintang di Malaysia, Singapore, Jepun, Korea, Taiwan, Thailand atau Indonesia.

3. Banyak Hotel di Australia adalah harga tidak termasuk Sarapan Pagi.

4. Kemudahan WiFi adalah Terhad, walaupun di dalam bilik.

5. Anda boleh melakukan Ekspress Check-Out dengan Mudah

 

 

 

Hotel Crown Metropol Melbourne

 

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.