Site icon Travel Blogger Malaysia

Hotel Di Malaysia Akan Diberi Sijil Bersih Dan Selamat Covid-19

Hotel Di Malaysia Akan Diberi Sijil Bersih Dan Selamat sebagai sebahagian daripada langkah untuk meningkatkan keyakinan tetamu hotel terhadap indusri pelancongan negara Malaysia diketika krisi wabak penyakit Coronavirus Covid-19, kata Persatuan Hotel Malaysia (MAH). Ia mungkin satu langkah yang bijak dalam merancakkan lagi industri perhotelan di Malaysia.

“Di peringkat industri, kami di MAH merancang akan mengadakan kempen ‘Bersih & Selamat Malaysia’ di mana hotel yang memenuhi beberapa kriteria dab syarat-syarat yang ketat akan disahkan bersih dan selamat. Bukan sahaja oleh MAH tetapi juga disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Hotel Di Malaysia Akan Diberi Sijil Bersih Dan Selamat Covid-19

Hotel Di Malaysia Akan Diberi Sijil Bersih Dan Selamat copy
 

Hotel juga berencana untuk memastikan semua usaha membersihkan dan membersihkan hotel didokumentasikan mengikut amalan terbaik Kementerian Kesihatan dan industri mengikut kata ketua pegawai eksekutif MAH Yap Lip Seng.

Untuk informasi, bukan di Malaysia sahaja, namun hampir seluruh hotel di dunia terkesan teruk dengan wabak Coronavirus Covid-19 ini. Ramai pakar meramalkan, kesan dari wabak ini akan menyebabkan industri pelancongan akan suram dalam masa 18 bulan yang akan datang. Ia bukan hanya sebagai langkah berjaga-jaga atau play-safe, tetapi mungkin pelancong akan terkesan dengan syarat-syarat tambahan seperti kena kuarantin dan sekatan pelancongan lain yang mungkin akan dikenakan sepanjang tempoh 3 tahun yang akan datang.
 

Baca : Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Malaysia

Namun, inisiatif MAH yang menarafkan hotel Bersih Dan Selamat (Clean and Safe) di Malaysia adalah satu usaha yang bagus sebagai memudahkan pelancong memilih hotel yang dipercayai.

Saya sendiri menjangkakan, kehadiran tetamu hotel tetap akan berkurangan dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang.

Memandangkan mungkin ramai kaki kembara akan menghadkan perjalanan ke luar negara, ini masa terbaik untuk hotel di Malaysia, mempromosikan pakej murah kepada pelancong tempatan dengan harga mampu bayar.

Pastinya, ramai orang Malaysia akan mengambil peluang untuk melancong dalam negara sementara menunggu keadaan reda akibat pandemik Coronavirus awal tahun 2020.

Walaupun negara malaysia dilanda wabak Covid-19 tetapi industri perhotelan turut disenaraikan di bawah 22 item perkhidmatan penting semasa Fasa Pertama MCO (18 hingga 31 Mac).

Ia kemudian dikecualikan semasa fasa kedua (1 hingga 14 April) ketika pemerintah melaksanakan MCO yang lebih ketat. Kerajaan Malaysia kini melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga tarik 28 April 2020.

Exit mobile version