Selepas menginap semalam di Holiday Inn Ski Resort di Pyeongchang, MrJocko kembali ke Seoul dan malam ni kami akan menginap di Hotel Grand Ambassador Seoul. Hotel ni bertaraf 5 Bintang dan berada dekat sahaja dengan Dongdaemun dan Myeongdong.
Sebenarnya, lokasi ini sangat strategik kepada pelancong jika nak datang ke Seoul, Korea. Kiri dan kanan hotel ini ada banyak tarikan menarik terutamanya, tempat shopping paling best di Korea dengan pelbagai jenis produk yang dijual murah dan berbaloi.
Baca : Cari Menu Halal Di Seoul Korea Selatan
Hotel Review Hotel Grand Ambassador Seoul
Hari kedua di Korea, kami dah lawat banyak tempat dari lokasi mula-mula 63 Building, Akuarium, 63 Wax Museum, Lotte Premium Outlet, kemudian ke Pyeongchang. Di sana kami sempat ke Herbanara Farm dan dalam perjalanan pulang singgah di Korean Folk Village.
Semalam pula kami sempat ke Myeongdong sebelum makan malam di Restoran Matahari, menu masakan Malaysia yang Halal 100% di Itaewon.
Esok banyak lagi lokasi kami nak pergi. Mungkin ke Duksu Palace kejap kemudian kami akan terus ke Nami Island. Nak tengok gambar-gambar lain di Seoul dan Nami Island boleh follow Twitter dan Intagram @MrJocko.
Glamorous MrJocko
Setakat ini mampu berangan sahaja. 🙂
[…] Entry Tahun 2014 – http://www.mrjocko.com/2014/05/hotel-grand-ambassador-seoul.html […]