Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Review Hotel Holiday Inn Express Kini Di Kuala Lumpur

Kita mungkin sudah biasa dengan Holiday Inn, namun kali ini MrJocko nak perkenalkan Holiday Inn Express Kuala Lumpur City Centre yang baru sahaja dibuka di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Hotel bajet di Kuala Lumpur ini bakal memberikan servis penginapan terbaik untuk pelancong yang bertandang ke Kuala Lumpur.

Hotel Holiday Inn Express Kuala Lumpur City Centre ini mempunyai sebanyak 383 buah bilik yang selesa dan ditawarkan dengan harga yang murah, berbaloi serta untuk pakej bajet pelancong yang ingin menginap di hotel selesa tetapi di tengah pusat bandar Kuala Lumpur.

Baca : Hotel Review Oleh Travel Blogger Malaysia

Hotel Review Hotel Holiday Inn Express Kini Di Kuala Lumpur

Holiday Inn Express Kuala Lumpur

Hotel Holiday Inn Express Kini Di Kuala Lumpur

 

 

Semalam MrJocko dijemput untuk sama-sama dalam Majlis Pelancaran Media Holiday Inn Express Kuala Lumpur City Centre yang berlangsung di hotel ini, Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur.

Menurut Vice President Operasi mereka Leanne Harwood, Holiday Inn Express adalah salah satu jenama mereka yang cepat berkembang dalam industri perhotelan seluruh dunia kerana permintaan yang begitu menggalakkan. Holiday Inn Express di Kuala Lumpur ini bakal memberikan servis dan pilihan kepada lebih 36 juta pelancong yang bakal berkungjung ke Malaysia, khususnya Kuala Lumpur sehingga tahun 2020 nanti.

Bilik Di Holiday Inn Express

 

Hotel Holiday Inn Express Kini Di Kuala Lumpur holiday_inn_express_kuala_lumpur_room_2 holiday-inn-express-kuala-lumpur-city-centre-buffet holiday-inn-express-kuala-lumpur-dining holiday-inn-express-kuala-lumpur-lobby

 

Secara peribadi, rekaan bilik di Holiday Inn Express ini agak luas dan punyai citarasa moden dan selesa. Dengan harga bilik yang berpadanan, harga yang ditawarkan sangat berbaloi dengan servis yang diberikan. Untuk tempoh promosi pembukaan hotel Holiday Inn Express ini, anda diberikan harga cuma RM160++ sahaja untuk pakej penginapan semalam dengan 5% diskaun, khas buat pemegang kad IHG Rewards Club. 

Pakej normal penginapan di Holiday Inn Express Kuala Lumpur City Centre ialah datang dengan sarapan pagi percuma untuk 2 orang, tilam yang selesa, power shower, 24 jam Fitness room dan juga self-service business centre, laundry dan juga ruang internet. Tidak dilupa semestinya setiap bilik ada mempunyai kemudahan WiFI PERCUMA.

Buat sementara ini, InterContinental Hotel Group (IHG) mempunyai empat hotel di Malaysia iaitu termasuk InterContinental Kuala Lumpur, Holiday Inn Glenmarie, Holiday Inn Melaka dan juga Holiday Inn Penang.

InsyaAllah, sekarang team kami tengah arrange untuk review hotel Holiday Inn Express ini dan of course akan kami kongsi di blog travel kami.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.