Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel LEGOLAND Malaysia Pakej Keluarga Murah Untuk 5 Orang

Hotel Legoland Malaysia yang terletak di Johor Bahru memang semakin terkenal dengan taman tema dan juga taman tema air yang terletak bersebelahan dengan Legoland Hotel. Pakej penginapan di Legoland Hotel Malaysia memang selalu menjadi pilihan ramai keluarga untuk menginap di sini kerana ia lebih mudah dan sesuai jika ingin menikmati keseronokan taman tema Legoland dan Taman Tema Air Legoland sepanjang hari.

Oleh sebab itu, Hotel Legoland Malaysia menawarkan pakej percutian murah sekeluarga seperti pakej 1 Day Theme Park yang cuma berharga RM110 sahaja untuk dewasa dan RM85 untuk kanak-kanak dan Warga Emas. Bagi yang berminat untuk ke Taman Tema Air Legoland, anda boleh dapatkan pakej 1 Day Water Park yang cuma berharga RM80 sahaja untuk dewasa dan RM65 untuk kanak-kanak dan Warga Emas.


Pakej Keluarga Murah di Legoland Matta Fair
Pakej Keluarga Murah di Legoland Matta Fair
Hotel LEGOLAND Malaysia

 

Hotel Legoland Malaysia menawarkan Legoland Hotel Family Package semasa promosi di Matta Fair 2015 menawarkan harga serendah RM1,300 dengan kemudahan penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Legoland, sarapan pagi untuk 5 orang, 2 hari combo tiket ke Legoland Theme Park dan Water Park untuk 5 orang. Ia memang pakej murah di Legoland yang anda tak mungkin akan lepaskan.

Memandangkan pakej ini sudah tamat Promosi sempena dengan Matta Fair 13 – 15 Mac 2015 yang lalu, anda mungkin boleh tunggu pakej murah ke taman tema Legoland semasa promosi Matta Fair bulan September 2015 nanti.

4 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.