Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Maison de Chine Chiayi Taiwan Mesra Muslim

Taiwan sebenarnya mempunyai banyak lokasi hotel yang dikenali dan menawarkan servis bilik yang amat memuaskan. Tambahan pula, kini Taiwan, sebuah negara yang mengambil berat dalam menawarkan perkhidmatan untuk pelancong Muslim dan dalam penyediaan menu makanan Halal untuk pelancong Islam.

Salah satu hotel dan rangkaian kumpulan hotel di Taiwan yang berusaha menyediakan perkhidmatan Mesra Muslim ialah Hotel Maison de Chine Chiayi di bandar Chiayi, Taiwan. Hotel bertaraf 4 Bintang di Chiayi ini antara lokasi yang boleh anda cuba, bagi pelancong Muslim khususnya.

Hotel Maison de Chine Chiayi terletak di tengah bandar dan adalah hotel bergaya dalam jarak 5 minit pemanduan dari Stesen Kereta Api Chiayi dan Bas. Ia mempunyai 2 buah restoran, tempat letak kereta percuma dan juga internet percuma di dalam bilik.

Maison de Chine Chiayi Taiwan

maison de chine hotel

Hotel Maison de Chine Taiwan

Hotel Maison de Chine Taiwan Hotel Maison de Chine Taiwan Hotel Maison de Chine Kaohsiung 04 Hotel Maison de Chine Taiwan Hotel Maison de Chine Kaohsiung 06

Setiap bilik tetamu adalah bilik berhawa dingin yang dilengkapi dengan peti sejuk mini, kemudahan membuat teh atau kopi dan TV dengan saluran kabel. Mempunyai bilik mandi yang dilengkapi dengan peralatan mandian terbaik dan tab mandi.

Untuk anda yang ingin menjamu selera, ada satu restoran di dalam Hotel Maison de Chine Chiayi ini mempunyai Sijil Halal oleh badan berwajib di Taiwan. Prague Cafe menyajikan sarapan bufet Cina dan gaya Barat. Manakal menu makanan Hong Kong boleh dinikmati di Redbud Kantonis Cuisine Restaurant.

Muslim Friendly Hotel Maison de Chine Taiwan

Muslim Friendly Hotel Maison de Chine Taiwan
Muslim Friendly Hotel Maison de Chine Taiwan

Muslim Friendly Hotel Maison de Chine Taiwan Muslim Friendly Hotel Maison de Chine Taiwan Hotel Maison de Chine Kaohsiung 14

Restoran Makanan Halal di Taiwan

Untuk semua tetamu boleh bersenam di pusat kecergasan yang serba lengkap dengan peralatan gymnasium. Yang paling menarik, Hotel Maison de Chine Chiayi ini mempunyai pusat dobi layan diri PERCUMA. Ruang bilik mesyuarat yang besar dan boleh memuatkan persidangan sehingga 1,000 orang. Boleh kata, di hotel ini, semuanya lengkap dengan kemudahan yang terbaik.

Hotel Maison de Chine Chiayi ini terletak dalam jarak 10 minit pemanduan dari Wenhua Road Night Market dan 10 minit pemanduan dari laman ‘Art of Chiayi Railway Warehouse‘ antara lokasi pilihan pelancong di Chiayi. Jika anda menggunakan penerbangan tempatan, Lapangan Terbang Chiayi terletak hanya dalam jarak 15 minit pemanduan.

Muslim Friendly Hotel Maison de Chine Taiwan Muslim Friendly Hotel Maison de Chine Taiwan Hotel Maison de Chine Kaohsiung 09 Hotel Maison de Chine Kaohsiung 08 Muslim Friendly Hotel Maison de Chine Taiwan

Secara umumnya, hotel Maison de Chine di Taiwan ini memang berbaloi untuk anda singgah, lebih-lebih lagi untuk pelancong Muslim yang memerlukan pakej percutian Muslim di Taiwan. Ruang bilik yang selesa, kemudahan makanan halal dan juga ruang solat untuk orang Islam.

Untuk keterangan lanjut tentang hotel ini, anda boleh layari laman web rasmi mereka di Maison de Chine Hotel atau laman web Taiwan Tourism Bureau.

maison de chine hotel maison de chine hotel

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.