• Tue. Oct 3rd, 2023

Hotel Murah Dan Selesa Di Kuala Lumpur Bagasta Boutique Hotel

hotel-murah-dan-selesa-di-kuala-lumpur-09

Kuala Lumpur memang sudah menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. Sudah pasti ramai yang mencari lokasi hotel murah dan selesa di Kuala Lumpur untuk penginapan selama mereka berada di bandaraya besar seperti ini. Jika and memang mencari hotel murah dan selesa di Kuala Lumpur, MrJocko sarankan anda untuk mencuba Bagasta Boutique Hotel, Kampung Baru.

Bagasta Boutique Hotel ini terletak di 56 Jalan Raja Alang dan ia berada bersebelahan dengan kedai western terkenal HR Steak House, Kampung Baru serta Masjid Kampung Baru.

Baca : Hotel Murah Di Kuala Lumpur



Hotel Murah Dan Selesa Di Kuala Lumpur Bagasta Boutique Hotel

Bagasta Boutique Hotel Kampung Baru
Hotel Murah Dan Selesa Di Kuala Lumpur

 

Bagasta Boutique Hotel Kampung Baru

Bagasta Boutique Hotel adalah salah satu urban butik hotel yang menyediakan pengalaman penginapan ala kampung tetapi diserapkan konsep terkini dan moden serta urban. Konsep hotel Bagasta ini memang lain dari hotel yang pernah MrJocko menginap dan sememangnya Bagasta Boutique Hotel punyai keunikkan tersendiri.

Ruang lobi hotel Bagasta yang simple tetapi nampak anggun serta susunan dekorasi bilik hotel yang memang punyai kombinasi ciri-ciri ala kampung dengan elemen urban dan susunan perabut yang memang selesa. Sebab itu MrJocko berani kata Bagasta antara hotel murah dan selesa di Kuala Lumpur dengan harga yang berpatutan.

 

 

Hotel Murah dan Selesa di Kuala Lumpur Bagasta Kampung Baru
Hotel Murah Dan Selesa Di Kuala Lumpur

Di sini la tempat anda mencari hotel murah dan selesa di Kuala Lumpur. Untuk tempoh promosi di Bagasta Boutique Hotel Kampung Baru ini, anda akan di tawarkan dengan harga bilik seperti berikut :

Superior Deluxe – RM110 

Deluxe – RM130 

Family – RM115 

Family Suite – RM156 

Master Suite – RM177

Kenapa MrJocko kata Bagasta Boutique Hotel adalah hotel murah dan selesa di Kuala Lumpur? Ini kerana dengan nilai yang di tawarkan, anda akan menikmati penginapan terbaik di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Di sekeliling Bagasta punyai ratusan gerai makanan terbaik di Kuala Lumpur, pilih sahaja menu yang anda suka, sudah pasti setiap gerai dan restoran sekitar Bagasta Boutique akan menjadi tumpuan ramai pengunjung. Anda cuma perlu berjalan kaki dalam jarak beberapa meter sahaja.

Kemudahan yang di sediakan oleh pihak Bagasta Boutique termasuk 30 bilik yang mempunyai pemandangan KLCC yang menarik, bilik hawa dingin, Telefon, TV Kabel, Toiletries, Hot Shower, Complementary Coffee or Tea serta WIFI Percuma di dalam bilik.

Lihat sahaja dekorasi bilik di Bagasta yang selesa dan akan membuatkan anda puas hati dan rehat dengan secukupnya. Tilam empuk di sertakan dengan bantal lembut yang memang membuatkan tidur anda nyenyak semalaman.

Hotel Murah Dan Selesa Di Kuala Lumpur

 

Hotel Bagasta Kampung Baru

 

Hotel Murah Dan Selesa Di Kuala Lumpur Bagasta Boutique Hotel

 

bagasta boutique Kampung Baru

 

Bila di tanya, apa yang menarik di lokasi berdekatan dengan Bagasta Boutique Kampung Baru?

Anda boleh memilih banyak aktiviti di sekitar Bagasta Boutique Hotel Kampung Baru. Ini kerana lokasi ini berdekatan dengan Petronas Twin Tower KLCC, Jalan Tunku Abdul Rahman, Pasar Malam Jalan Chow Kit, Petaling Street, Dataran Merdeka, Menara Kuala Lumpur, Pavilion, Bukit Bintang dan banyak lagi. 

Jadi, jika anda inginkan pengalaman menginap di hotel murah dan selesa di tengah bandaraya Kuala Lumpur, anda boleh menginap di Bagasta Boutique Hotel dengan membuat tempahan awal di alamat email : reservation@bagasta.com.my atau juga boleh menelefon terus ke talian +603-26989988.

Tiada lokasi hotel murah dan selesa paling sesuai di Kuala Lumpur melainkan Bagasta Boutique Hotel Kampung Baru. Anda mesti cuba pengalaman menginap di Bagasta Kuala Lumpur.

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.