Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Regalo Fukuoka Hotel Bajet Sederhana Di Fukuoka

Media Trip ke Fukuoka bersama dua orang rakan media dari RTM iaitu Penerbit, Bro Azlan dan Cameraman Kusyairie memang satu pengalaman baru di Jepun. Bermula dengan perjalanan dari KLIA ke Kansai Airport, kemudian menaiki Shinkansen ke Hataka, Fukuoka dan seterusnya kami tiba di hotel penginapan kami Hotel Regalo Fukuoka.

 

Stesen Shinkansen Shin Osaka Jepun

Shinkansen Dari Osaka ke Hakata Fukuoka

Gambar Dalam Gerabak Shinkansen

 

 

 

 

 

 

 

Hotel ini mempunyai ketinggian 8 tingkat dan MrJocko berpeluang menginap di tingkat 6 dan menghadap jalan raya. Keluasan bilik ini mungkin sekitar 200 sqft sahaja dan ia hanya mempunyai katil single, TV LCD kecil, Mini Bar, Almari kecil, Kerusi dan Meja dan bilik air yang agak selesa.

 

Siaran TV Percuma dan juga ada cerek untuk air panas. Namun tidak punya tambahan kopi atau teh percuma. Wifi juga tidak disediakan Percuma di dalam bilik. Paling rasa rugi, di lobi hotel juga tidak disediakan Wifi percuma. Begitu lah konsep kebanyakkan hotel di Jepun yang begitu mengambil kira tentang semua benda. Boleh dikatakan tiada yang percuma di Jepun melainkan TOILET sahaja.

 

 

 

 

Hotel Regalo Fukuoka : Hotel Bajet Sederhana Di Fukuoka

 

 

Hotel Regalo Fukuoka : Hotel Bajet Sederhana Di Fukuoka

 

 

 

Hotel Regalo Fukuoka ini masih menggunakan kunci cara lama dan bukan konsep seperti Card kebanyakkan hotel moden. Nampaknya mungkin bangunan Hotel Regalo Fukuoka ini antara bangunan hotel lama di sini. Cara susunan dan perabut di hotel ini pun menggunakan perabut lama dan mungkin bercitarasa tahun 1980-an.

 

Pun begitu, agak selesa menginap di Hotel Regalo Fukuoka. Tidak la teruk, cuma mungkin dari segi harga ia mungkin nampak mahal sedikit kerana charge sekitar RM190 bagi pakej 2 hari 1 malam di Hotel Regalo Fukuoka ini dirasakan mahal untuk saiz yang kecil seperti ini. Namun, kena faham, ini lah Jepun, saiz kecil tetapi kos sara hidup mahal. Nasib baik, sarapan pagi di sediakan PERCUMA.

 

 

 

 

 

 

Selama 3 hari 2 malam menginap di Hotel Regalo Fukuoka, rasanya boleh dikategorikan sebagai hotel bertaraf sederhana dan ia agak sesuai dengan pelancong yang ingin travel dengan bajet yang sederhana. Harga untuk penginapan satu malam di Hotel Regalo Fukuoka ini boleh dikatakan berpatutan dan ia juga dekat dengan kiosk 7 Eleven dan Shopping Mall. 

 

Untuk lokasi yang lebih bagus, anda mungkin kena cari lokasi yang lebih dekat dengan kawasan bandar Fukuoka supaya mudah untuk berjalan-jalan sekitar Fukuoka City Hall atau di Nakasu Street.

 

Terima kasih buat Fukuoka City Hall dan juga Tourism Malaysia Osaka kerana peluang sertai Media Trip ke Fukuoka ini.

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.