Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Review Alpensia Ski Resort Pyeongchang Korea Selatan

Ramai juga pelancong yang berkunjung ke Korea Selatan akan cuba memilih hotel terbaik sepanjang percutian mereka di negara Oppa ini. Namun tak kurang juga mereka yang tidak kisah sangat kalau memilih hotel bajet. Untuk mereka yang cari hotel terbaik di Pyeongchang, saya sangat syorkan anda pilih hotel ini. Perkongsian kali ini, Hotel Review Alpensia Ski Resort Pyeongchang Korea Selatan.

Dikatakan antara hotel terbaik di Pyeongchang, ia terletak bersebelahan sahaja dengan ski resort yang paling terkenal di Korea Selatan. Alpensia memang dikenali dengan lokasi percutian tanah tinggi dan percutian musim sejuk terbaik di negara Korea Selatan. Ada bajet lebih, cuba sendiri pengalaman di sini.

Baca : Alpensia Tempat Percutian Musim Sejuk Terbaik Korea

Hotel Review Alpensia Ski Resort Pyeongchang

 


Hotel Review Alpensia Ski Resort Pyeongchang Korea Selatan

Hotel-Review-Alpensia-Ski-Resort-Pyeongchang-Korea-04 copy
 

Pertama kali singgah menginap di Alpensia Ski Resort Pyeongchang ketika trip syarikat pada tahun 2014. Kali ini, kali kedua singgap menginap di sini dengan kelebihan pemandangan bukit bukau yang masih lagi ada limpahan salji dan juga salji tiruan yang dibuat untuk persiapan Winter Olimpik ketika itu.

Udara yang dingin di sini, membuatkan tenang, nyaman dan suasana yang sangat selesa untuk percutian luar bandar di negara Korea ini. Ramai pelancong seluruh dunia, memang impikan pengalaman untuk bercuti di sini, percutian ‘country’ terbaik yang ada di negara tersebut.
 

Hotel-Review-Alpensia-Ski-Resort-Pyeongchang-Korea-01

Hotel-Review-Alpensia-Ski-Resort-Pyeongchang-Korea-02

Hotel-Review-Alpensia-Ski-Resort-Pyeongchang-Korea-03

Hotel-Review-Alpensia-Ski-Resort-Pyeongchang-Korea-05

Hotel-Review-Alpensia-Ski-Resort-Pyeongchang-Korea-06

Hotel-Review-Alpensia-Ski-Resort-Pyeongchang-Korea-07

Memandangkan kami ke sini dengan nama media, pastinya layanan terbaik kami terima sepanjang percutian ini. Paling best, bila diberikan bilik yang besar seperti ini, ada 3 katil single tetapi hanya untuk seorang sahaja. Terbaik.

Ruang bilik yang memang selesa, LCD TV yang besar, ruang bilik air selesa serta fasiliti dalam bilik yang diberikan secara percuma. View luar bilik yang sangat cantik serta mengadap bukit yang memukau.

Sebelah pagi, disertakan dengan sarapan pagi yang bertaraf international dengan ada beberapa bahagian disediakan bahagian makanan Halal untuk pelancong Muslim dan juga Vegetarian jika ada tetamu yang berkaitan.

Servis bilik, kaunter servis serta servis bell boy memang terbaik di sini. Sesekali rasa macam VIP pulak kalau menginap di sini. Kami happy…

Lepas ni, boleh la plan untuk ke sini. Masa paling best, bermula musim sejuk antara November hingga ke Januari setiap tahun. Datang lah ke sini, Alpensia Ski Resort untuk main salji sepuasnya.

Alamat : 325 Solbong-ro, Daegwalnyeong-myeon, 대관령면 Pyeongchang-gun, Gangwon-do, South Korea.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.