Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Review Apps Hotel Kuala Selangor Cuti Cuti Malaysia

Antara lokasi wajib lawat di Selangor ialah pekan sejarah Kuala Selangor. Bukan hanya penuh dengan pelbagai sejarah tersendiri, pekan ini juga punyai banyak tarikan pelancongan hebat termasuk Bukit Malawati, Sky Mirror dan juga aktiviti Kunang-kunang. Kali ini, kami nak kongsi Hotel Review Apps Hotel Kuala Selangor Cuti-Cuti Malaysia, pengalaman kami singgah menginap untuk 1 hari 1 malam.

Walaupun pekan Kuala Selangor ni tidak lah sebesar mana, tetapi ia masih menawarkan pelbagai destinasi pelancongan setempat yang menarik dan berbaloi. Dengan kebanyakkannya menawarkan kos mampu bayar, ia masih memberikan kepuasan kepada setiap pelawat yang singgah di sini. Pilihan hotel juga banyak, menawarkan harga mampu bayar untuk semua.

Baca : Promosi Harga Sky Mirror Murah Kuala Selangor

Apps Hotel Kuala Selangor

 


Hotel Review Apps Hotel Kuala Selangor Cuti Cuti Malaysia

Apps Hotel Kuala Selangor

Apps Hotel Kuala Selangor
 

Hotel Apps Kuala Selangor ini terletak berdekatan Pasir Penambang, tak jauh daripada bandar lama. Nak cari guna Google Maps, taip alamat ini Jalan Peninsular Utama 1, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor. Ia terletak bersebelahan dengan Sungai Selangor dan berada di antara tengah-tengah dua bangunan.

Apa yang menarik tentang hotel 2 bintang ini, ia terletak di lokasi bandar baru. Kawasan sekitar dekat sangat dengan kemudahan lain seperti kedai Serbaneka 24 jam seperti 7-Eleven, kedai runcit, restoran dan juga ruangan parkir yang luas dan selamat.
 

Apps Hotel Kuala Selangor
Lobby Hotel

Apps Hotel Kuala Selangor

Apps Hotel Kuala Selangor

Apps Hotel Kuala Selangor

Apps Hotel Kuala Selangor
 

Kalau diikutkan, hotel ini nampak sangat besar berbanding hotel lain sekitar kawasan pekan Kuala Selangor ini. Ia mempunyai dewan ballroon, restoran, friendly eco-tourism hotel dan semestinya ada bilik-bilik yang banyak dan pelbagai pilihan.

Kemudahan Di Hotel Apps Kuala Selangor :
Front Desk [24-jam]
Sewa Basikal Bicycle rental
Parkir Kenderaan
Wi-Fi Percma Dalam Bilik
Check-in/out [Expres]
Tempat BBQ
Kedai Kopi
Restoran

Jika anda bercadang untuk bercuti ke Kuala Selangor, hotel ini adalah antara pilihan yang boleh anda cuba. Harga bilik yang tidak terlalu mahal dan juga dekat dengan pelbagai kemudahan awam. Saya mengesyorkan untuk cuba hotel ini dulu.

Harga pakej penginapan di Hotel Apps Kuala Selangor tidak lah murah, tidak mahal, tetapi ia menawarkan lokasi yang agak selesa untuk pengunjung yang ingin meneroka tempat-tempat menarik di Kuala Selangor.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.