Hotel Review Athens Avenue Hotel Greece Yang Elegan Dan Selesa
|Pertama kali di Athens dan pertama kali merasai pengalaman menginap di Boutique Hotel di sekitar bandar Athens. Ini pengalaman MrJocko dan sedikit perkongsian tentang Hotel Review Athens Avenue Hotel Greece Yang Elegan Dan Selesa.
Athens Avenue Hotel menawarkan pengalaman penginapan yang elegan dan selesa. Ia terletak tidak jauh dari pusat bandar Athens dan akses yang mudah dengan kenderaan dan public transport. Katanya ia terletak sekitar persekitaran Sygrou Avenue.
Binaan bangunan baru dan moden dengan dekorasi dalaman yang minima dan simple.Hotel ini di bina dengan menerapkan nilai ‘environment’ dan ‘eco-friendly’.
Baca : Tempat Shopping Best di Athens Greece
Hotel Review Athens Avenue Hotel Greece
Untuk saiz hotel, rasanya saiz sebesar ini memadai untuk hotel yang selesa. Untuk Athens Avenue Hotel Greece ini mempunyai pilihan hotel dari saiz Standard Room, Superior Room, Executive Room, Junior Suite dan juga Executive Suite.
Pilihan harga untuk bilik di sini mengikut kadar yang tertera di ‘Booking Online’ ialah bermula dari RM450++. Boleh tempah di laman web http://www.athensavenuehotel.gr
Athens Avenue Hotel Greece
Secara peribadi, ruang bilik untuk Standard Room yang MrJocko inap selama 4 malam ini agak sempit untuk 2 orang. Tetapi kalau untuk seorang, ia memang memadai. Ruang bilik dikemaskan dengan dekorasi biasa dan minima tetapi nampak nilai elegan. Susunan kerusi meja kerja dan katil memang sesuai.
Selama 4 malam di sini, memang terasa agak selesa dan puas hati. Terletak di jalan besar, tetapi tidak bising dengan hiruk piruk kesibukan kota seperti bandar besar lain.
Ruang lobby yang luas, ada susunan meja untuk tetamu sementara menunggu, kemudahan lift, bilik mesyuarat dan juga kemudahan cafe untuk sarapan pagi dan makan malam.
Oh ya, lokasi hotel ini tidak jauh dari tempat tarikan utama di Athens seperti Acropolis Athens, Plaka Bandar Bersejarah dan juga Stavros Niarchos Foundation yang terkenal. Kalau nak naik kereta, teksi atau bas, mudah sahaja untuk ke destinasi berikut.
Ada beberapa lagi cerita dan tips tentang tempat menarik di Athens boleh korang baca di sini http://www.mrjocko.com/tag/athens
Bagi yang nak cari contact Athens Avenue Hotel Greece boleh la cari di sini :
Sygrou Avenue 182, Kallithea, Athens
Tel: +30 2111095600
Fax: +30 2111095699
ZipCode: 17671