Hotel Review Atlantis Residence Melaka Kota Laksamana
|Selepas lama rancang untuk bercuti di dalam Malaysia, akhirnya kami memilih untuk sama-sama ke Melaka. Menyantuni Mak dan adik-adik kami yang datang dari kampung, kami rasa untk sama-sama habiskan masa cuti panjang Deepavali dan Cuti Sekolah di bandaraya bersejarah. Kali ini, kami nak cuba menginap di lokasi popular viral di Melaka. Masa untuk Hotel Review Atlantis Residence Melaka Kota Laksamana.
Terletak hanya sekitar 3 kilometer dari pusat bandar dan Kota A Famosa, lokasi ini dikenali dengan nama Kota Laksamana, kawasan baru yang kini pesat berkembang disekitar bandar Melaka yang semakin terkenal sebagai destinasi pelancongan sejarah di seluruh Malaysia.
Baca : Pakej Bercuti Di A Famosa Melaka
Hotel Review Atlantis Residence Melaka Kota Laksamana
Mempunyai tahap keselamatan yang agak ketat, memberikan keyakinan untuk semua pelawat tempat ini dengan keselamatan ketika berada di premis ini. Pendaftaran yang agak mudah sebenarnya, namun agak kekok sebab lokasi pendaftaran tidak sama dan berada bukan di blok penginapan. Masalah kecil, namun sebaiknya boleh dipertingkatkan lagi.
Kami mengambil homestay yang mempunyai dua bilik, kedua-dua bilik memang besar dan menghadap kolam mandi yang sangat luas. Pemandangan dari ruang tamu juga memang terbaik dan menakjubkan.
Kedua-dua bilik tidur memang besar. Di bilik tidur anda boleh susun tilam untuk 5 orang kalau anda mahu. Ruang tamu boleh muatkan 5 orang lagi. Jadi, kalau datang ke sini, boleh datang 2 – 3 family dengan selesa.
Ada dapur untuk memasak, ada cerek, ada peti ais, mesin basuh dan juga pinggan mangkuk. Meja makan juga ada, sesuai untuk 4 orang.
Ruang tamu ada sofa dan TV Led serta kemudahan TV Digital MyTV.
Pakej yang kami bayar adalah RM399 untuk satu malam dan kami ambil peluang untuk menginap di sini selama 2 malam. Cukup untuk kami teroka bandar Melaka, dan ambil masa untuk mandi manda di kolam mandi Atlantis Melaka.
Oh ya, kolam mandi perlu ditempah awal untuk memudahkan urusan pemantauan dan juga dihadkan masa 1 jam sahaja pada hujung minggu dan 2 jam bagi hari biasa.
Setiap unit diberikan 2 slot parking kereta dan memang ruang parkir mudah untuk anda akses ke lift hotel. Yang ini terbaik.
Puas hati kami bercuti di sini sebab sangat jimat kalau kami ramai-ramai menginap di sini. Boleh masak seperti dirumah asalkan bawak periuk nasi dan kuali sendiri, lagi jimat.
Untuk anda yang merancang nak bercuti ke sini, dengan keluarga yang besar, kami memang syorkan…