Hotel Review Belum Rainforest Resort Di Royal Belum
|Tak sangka, beberapa hari selepas Hari Raya AidilAdha, MrJocko dijemput oleh wakil dari pihak Belum Rainforest Resort. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, kami sekeluarga menerima dengan hati terbuka. Rezeki jangan di tolak. Ini adalah kisah dan cerita MrJocko untuk Hotel Review Belum Rainforest Resort Di Royal Belum.
Banyak kali juga balik kampung ikut laluan Kuala Kangsar – Gerik – Jeli – Pasir Puteh, namun tidak pernah singgah di Royal Belum. Kali ini, MrJocko sekeluarga diberikan penghormatan untuk menginap selama 3 hari 2 malam di Belum Rainforest Resort.
Belum Rainforest Resort
Baca : Menu Makanan di Royal Belum Rainforest Memang Sedap
Menariknya resort yang ‘rare’ ini, ia memang punyai tarikan unik tersendiri. Terletak di dalam hutan hujan Belum – Temengor di pulau yang terbina yang di kenali sebagai nama Tasik Banding. Belum Rainforest Resort ini adalah antara hotel mewah yang anda patut cuba.
MrJocko berpeluang untuk menginap di bilik Azlanii yang bernilai RM700 untuk pakej 2 hari 1 malam. Bilik ini mempunyai pilihan katil single untuk 2 orang atau katil Queen saiz. Tips kalau menginap di Azlanii, minta bilik yang mempunyai kemudahan TV. Mana tahu takut anda akan bosan jika dapat bilik yang tiada kemudahan TV.
Hotel Review Belum Rainforest Resort
Kebanyakkan bilik dan suite yang ada di Belum Rainforest Resort dilengkapkan dengan lantai kayu kontemporari dan rekaan yang berbeza mengikut jenis yang anda mungkin suka. Untuk tetamu resort, anda boleh memilih untuk menginap di Azlani, Balau, Cengal Garden View, Cengal Lake View, Tualang, Pulau, Meranti, Villa Santubong, Villa Tanjung Wan dan yang eksklusif tetapi punyai tarikan semulajadi ialah Houseboat.
Untuk info, semua bilik dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi, penyaman udara dan mini bar mini. Bilik air yang luas dan selesa, almari, bilik berkembar serta tidak lupa kemudahan sejadah dan AlQuran untuk setiap bilik.
Untuk pakej yang ditawarkan, sarapan adalah percuma. Hotel ini mempunyai 2 restoran yang menyediakan menu masakan tempatan dan juga satu lagi restoran yang menyediakan menu western. Kemudahan lain di sini, termasuk kolam renang infinity pool dan juga kemudahan bilik spa dan lounge.
Nak cuba sesuatu yang awesome di Royal Belum, boleh tempah penginapan untuk pengalaman percutian 5 Bintang anda di sini http://www.belumrainforestresort.com
Alamat: Belum Rainforest Resort, Pulau Banding, 33200 Gerik, Perak, Malaysia
Telefon: +60 5-791 6800