Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Review Best Western i-City Shah Alam Selangor Darul Ehsan

Santai cuti hujung minggu kali ini, kami sekeluarga ke Shah Alam. Rezeki kali ini untuk pengalaman sendiri sebagai Travel Blogger Malaysia buat Hotel Review Best Western i-City Shah Alam. Pertama kali menginap di sini, hotel bertaraf 3 Bintang di Shah Alam, bandar kemegahan orang Selangor Darul Ehsan.

Hotel Best Western i-City hanya terletak beberapa meter dari lokasi menarik destinasi pelancongan di Shah Alam, seperti City of Digital Lights Shah Alam. Bukan itu sahaja tarikan lain termasuk Ferris Wheels, SnoWalk i-City, Water World i-City, Red carpet 2 i-City dan juga pusat membeli belah Central i-City.

Hotel Review Best Western i-City

 


Hotel Review Best Western i-City Shah Alam Selangor

Hotel Review Best Western i-City Shah Alam

Hotel Review Best Western i-City Shah Alam
Hotel Welcoming Gifts
Hotel Review Best Western i-City Shah Alam
Tea Section
Hotel Review Best Western i-City Shah Alam
Hotel Wardrobe

Best Western i-City Shah Alam, menyediakan tetamu hotel dengan kemudahan penginapan selesa samada untuk tujuan business trip ataupun percutian sekeluarga. Hotel ini mempunyai 214 bilik moden yang selesa dengan ketinggian sehingga 18 tingkat.

Tetamu hotel disediakan kemudahan WiFi Percuma, fitness center, restoran dan beberapa bilik mesyuarat untuk kegunaan profesional.

Hotel Review Best Western i-City Shah Alam

Hotel Review Best Western i-City Shah Alam

Hotel Review Best Western i-City Shah Alam
LCD TV Dengan Siaran Satelit
Hotel Review Best Western i-City Shah Alam
Bilik Air Hotel Best Western iCity

Hotel Review Best Western i-City Shah Alam

Hotel Review Best Western i-City Shah Alam

Hotel Review Best Western i-City Shah Alam

Best Western iCity mempunyai 3 jenis bilik untuk pilihan tetamu, termasuk Bilik Superior, Bilik Deluxe dan i-Suite Best Western iCity.

Memandangkan MrJocko dan keluarga punyai 3 dewasa dan 2 kanak-kanak, kami ambil 2 bilik Superior dengan kemudahan connecting door. Senang dan Mudah.

Harga standard bilik Superior di Best Western iCity sekitar antara harga RM180 bagi pakej 2 hari 1 malam, kebiasaannya termasuk dengan Sarapan Pagi untuk 2 orang.

Dari segi kekemasan, setiap unit boleh dikatakan kemas, dengan tahap memuaskan. Susun atur dekorasi biasa tetapi muat untuk masa santai bercuti atau nak tinggal dan kerja kerana ia punya meja kerja yang cukup untuk mereka yang sentiasa sibuk.

Ruang bilik air, agak luas. Cuma sayang tak ada Tab Mandi. Kalau ada Tab Mandi, ia mungkin akan tambah daya penarik anak-anak untuk menginap di sini, memandangkan hotel ini tidak mempunyai kolam renang.

Secara keseluruhan dengan harga yang ditawarkan, menu makanan sarapan pagi yang sangat awesome, citarasa menu ala-carte yang bertaraf 5 bintang, serta khidmat room service, penghantaran makanan ke dalam bilik memang diluar dugaan. Sangat efisen, menu yang sedap serta dengan tawaran harga yang menarik.

Tambahan pula, faktor utama penarik ialah lokasi yang sangat strategik dengan kedudukannya sebelah dengan i-City dengan keluasan petak parkir percuma samada dalam bangunan atau di luar bangunan.

Oh Ya, untuk yang suka shopping, tak perlu risau. Dari lobi hotel, ada kemudahan Shuttle Bas Percuma ke Central i-City yang mana ada lebih 300 kedai termasuk outlet Sogo yang terkenal.

Layari laman web http://www.bestwestern-icity.my untuk tempahan dan maklumat lanjut.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.