Hotel Review Courtyard By Marriott Bangkok
|Kali ini MrJocko akan berkongsi tentang hotel dibawah kendalian kumpulan hotel Marriott di kota Bangkok. Hotel ini dikenali sebagai nama Courtyard Bangkok atau dengan nama lain Courtyard by Marriott Bangkok.
Kedudukan lokasi hotel Courtyard Marriott Bangkok ini memang strategik kerana berada di tengah bandar Bangkok, bersebelahan sahaja dengan stesen BTS LRT Ratchadamri dan ‘walking distance’ jika nak ke pasar malam Silom dan pasar malam Pratunam.
Tambahan lagi, ia juga berada berdekatan dengan tarikan pelancong di Bangkok seperti CentralWorld Bangkok dan juga Erawan Shrine, Bangkok. Di hadapannya adalah The Royal Bangkok Sports Club yang eksklusif untuk ahli sahaja.
Untuk menempah hotel yang murah dan berbaloi di Bangkok, anda boleh layari AGODA
Courtyard by Marriott Bangkok
Courtyard by Marriot Bangkok
Courtyard Marriott Bangkok ini mempunyai 316 buah bilik termasuk bilik suite. Kesemua bilik yang ada di sini adalah bilih yang menghadap pemandangan bandar dan kota Bangkok.
Setiap bilik di hotel Courtyard Marriott Bangkok ini dilengkapi dengan TV LCD 34 inci berserta dengan kemudahan Pillowtop mattresses , in-room safe box dan juga servis 24 jam. Terbaik kan???
Courtyard Marriott Bangkok Hotel ini sebenarnya boleh dikategorikan sebagai hotel bertaraf 4 bintang pada pandangan MrJocko kalau dilihat dari segi lokasi, servis, kemudahan serta bilik yang disediakan. Serba serbi memang memuaskan, lebih-lebih lagi sarapan di waktu pagi yang turut menyediakan pelbagai pilihan untuk menu Vegetarian dan Halal seperti kami Muslim.
Untuk info, harga untuk pakej 2 hari 1 malam termasuk sarapan pagi di Courtyard Marriott Bangkok sekitar Baht 2,600 dan ia memang satu pakej yang berbaloi untuk anda jika ke Bangkok, Thailand