Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Review Flexstay Inn Higashi Jujo Trip Bajet Ke Tokyo

Hari pertama kami sampai di Tokyo, tempat inapan kami ialah Flexstay Inn Higashi Jujo. Untuk info, hotel Flexstay Inn adalah rangkaian hotel bajet yang menawarkan harga pakej kebiasaannya untuk 1 orang dan 2 orang sahaja. Untuk memudahkan anda mendapatkan bilik di Flexstay Inn Tokyo, MrJocko syorkan anda membuat tempahan awal di sini Flexstay Inn Higashi-Jujo.

Sebenarnya hotel tempat kami menginap ini jauhnya sekitar 35 km dari lapangan terbang Tokyo Haneda, tetapi ia memang sangat strategik kerana lokasinya yang terletak bersebelahan dengan Stesen LRT Yamanote Line Higashi-Jujo. Lokasi hotel ini juga amat dekat dengan jaringan LRT Saikyo Line yang memudahkan anda untuk ke Shinjuku, Shibuya, Ginza dan banyak lagi lokasi tumpuan pelancong di Tokyo.

Hotel Review Flexstay Inn Higashi Jujo

Flexstay Inn Higashi Jujo Tokyo

 

Bilik yang kami tempah ini agak kecil. Keluasan yang MrJocko agak sekitar 130 sqft dan ada satu katil Single Full, maknanya besar sedikit dari saiz Tilam Single yang biasa. Paling menarik bila tilam ini sebenarnya boleh di lipat ke atas jika anda mahu gunakan ruang yang lebih besar. Untuk nilai harga sewa bila dari RM120 semalam ia memang pakej bilik yang murah di tawarkan di sekitar bandar Tokyo.

 

flexstay-inn-higashi-jujo-04
Hotel Review Flexstay Inn

Hotel Review : Flexstay Inn Trip Bajet Ke Tokyo flexstay-inn-higashi-jujo-03 Hotel Review : Flexstay Inn Trip Bajet Ke Tokyo

 

Hotel Review Flexstay Inn Jepun

Lebih menarik sebab di Flexstay Inn Higashi-Jujo ini anda boleh menikmati kemudahan lain seperti bilik air sendiri, cerek air, dapur, mini bar, TV dan paling best kemudahan Internet PERCUMA WiFI. Jika nak pakai seterika, boleh dapatkan di kaunter dan membasuh baju di laundry self-service di hujung sudut hotel ini.

Jadi, kalau anda cadang nak ke Tokyo, boleh cuba untuk tempah bilik di rangkaian hotel Flexstay Inn ini atau juga MyStay Hotel di Tokyo. Setakat ini ramai yang memberikan respons yang menarik jika menginap di sini. 

Untuk bilik saiz 130 sqft tadi, MrJocko selesa menginap berdua di Tokyo. Secara keseluruhan, pakej menginap murah di Tokyo ini memang terbaik dan susah nak dibandingkan dengan pakej hotel lain, lebih-lebih lagi hotel capsule Tokyo yang tidak mempunyai bilik air sendiri dan tidak punya ruang privasi selain dari bilik tidur.

Bersambung… Trip Bajet Ke Tokyo : Travel Lawak Part 3

 

flexstay-inn-higashi-jujo-08

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.