Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Review Grand Ambassador Hotel Seoul Taraf 5 Bintang

Pengalaman bercuti ke Seoul, Korea memang best. Nak lagi best bila kita ada pelung menginap di hotel bertaraf 5 Bintang sepanjang percutian kita. Antara yang tidak boleh saya lupa ialah hotel yang strategik ini di tengah kota Seoul. Hotel Review Grand Ambassador Hotel Seoul Taraf 5 Bintang, menjadi ingatan selamanya.

Walaupun hanya 2 hari menginap di sini, tetapi pengalaman berada di sini memang mengujakan. Lokasi tengah kota dekat dengan banyak tarikan pelancong termasuk tempat shopping menarik dan terkenal di Korea Selatan.

Baca : Hotel Alpensia di Pyengchang Korea Selatan

 


Hotel Review Grand Ambassador Hotel Seoul Taraf 5 Bintang

Grand-Ambassador-Hotel-Seoul-Korea copy

Grand-Ambassador-Hotel-Seoul-Korea-02
Twin Bed Room
Grand Ambassador Hotel Seoul

 

Ada banyak pilihan bilik di sini, termasuk singgle room, deluxe room yang mempunyai katil Queen Size dan juga bilik Twin Room yang mempunyai 2 katil Single. Untuk tambahan ada bilik untuk keluarga dan beberapa bilik Suite bagi mereka yang memerlukan bilik yang besar, luas, mewah dan privacy.

Harga agak mahal, namun ia tetap berbaloi dengan servis hotel di negara Korea Selatan. Semua pakej bilik biasanya akan termasuk dengan Sarapan Pagi.
 

Grand-Ambassador-Hotel-Seoul-Korea-03

Grand-Ambassador-Hotel-Seoul-Korea-04
 

Paling menarik, bila hotel ada Tub Mandi, ia nampak lebih mewah dan sangat selesa untuk tetamu hotel berehat setelah seharian penat berjalan-jalan di sekitar kotaraya.

Kalau ada kesempatan, bila menempah bilik atau check-in, minta bilik yang menghadap N Seoul Tower yang tidak jauh dari kawasan tersebut. View sebelah pagi dan view malam sangat cantik untuk anda nikmati.

Grand-Ambassador-Hotel-Seoul-Korea-05

Grand-Ambassador-Hotel-Seoul-Korea-06
 

Kalau anda ada bajet lebih, hotel ini memang sangat saya syorkan kerana ia terletak hanya 15 minit berjalan kaki dengan taman terkenal di Seoul, Yongsan-gu Park. Ia sebuah kawasan hijau yang luas di tengah kotaraya terkenal di Korea Selatan.

Tidak jauh dari situ juga, ada tempat pelancong popular seperti di Myeongdong, lokasi membeli belah dan santai untuk menikmati dunia cara orang Korea. Macam-macam ada di sini dan ia menawarkan pelbagai pengalaman kepada semua, tidak kira orang tua atau yang muda.

Updated : Khabarnya hotel ini sudah ditutup akibat pandemik Coronavirus.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.