Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Review Haslla Museum Hotel Gangneung Korea Selatan

Hotel kali ini sebenarnya terletak agak jauh dari bandar Seoul. Terletak di Pantai Timur Korea Selatan, lokasi hotel ini terletak kira-kira 60km dari bandar Gangneung, Gwang-do. Walaupun jauh, tetapi jika ada peluang, boleh ke sini, khususnya mereka yang sukakan keindahan pantai dan laut serta seni, khususnya arca. Ini pengalaman saya, Hotel Review Haslla Museum Hotel Gangneung Korea Selatan.

Perjalanan ke sini memang agak jauh. Namun, disebabkan sepanjang jalan penuh dengan pemandangan yang cantik dan memukau, tidak terasa sangat perjalanan sejauh 1 jam dari bandar Gangneung. Untuk ke sini, anda boleh menggunakan kenderaan sendiri, bas atau keretapi.

Baca : Haslla Museum Hotel Ada Sediakan Menu Makanan Halal Muslim

 


Hotel Review Haslla Museum Hotel Gangneung Korea Selatan

Haslla-Museum-Hotel-Gangneung-Korea-Selatan-01 copy

Haslla-Museum-Hotel-Gangneung-Korea-Selatan-02
 

Hotel Hassla Museum ini mempunyai banyak bilik untuk anda pilih. Agak besar dan biasanya dijadikan lokasi untuk conference dan aktiviti dihujung minggu.

Pilihan makanan pelbagai samada menu asli Korea, Western dan juga Asia. Tak lupa mereka jug mampu untuk menyediakan menu masakan halal muslim dan punyai pengesahan Halal dari pihak berwajib.

Pemandangn hadapan dengan menghadap bukit dan pantai serta angin yang bertiup menjadikan ia antara lokasi percutian yang menarik di Gangneung, pantai timur Korea Selatan.

Menarik hotel ini sebab terletak berhampiran dengan pantai. Sebelahnya, tarikan pelancong popular di Gangneung, dikenali dengan Haslla Art World. Kawasan ini berada di atas bukit dan menempatkan pelbagai arca seni yang sangat menarik, hasil dari kerja tangan masterpiece dari seluruh dunia.
 

Haslla-Museum-Hotel-Gangneung-Korea-Selatan-03

Haslla-Museum-Hotel-Gangneung-Korea-Selatan-04

Haslla-Museum-Hotel-Gangneung-Korea-Selatan-05

Haslla-Museum-Hotel-Gangneung-Korea-Selatan-06

Haslla-Museum-Hotel-Gangneung-Korea-Selatan-07

Haslla-Museum-Hotel-Gangneung-Korea-Selatan-08

Haslla-Museum-Hotel-Gangneung-Korea-Selatan-09

Haslla-Museum-Hotel-Gangneung-Korea-Selatan-10

Haslla-Museum-Hotel-Gangneung-Korea-Selatan-11

Haslla-Museum-Hotel-Gangneung-Korea-Selatan-12

Haslla-Museum-Hotel-Gangneung-Korea-Selatan-13
 

Mungkin masalah utama untuk ke sini, disebabkan jarak perjalanan yang agak jauh. Tetapi, jika anda sukakan cabaran dan juga roadtrip, boleh saja timba pengalaman memandu dari Seoul ke Gangneung dan seterusnya ke hotel ini, Haslla Museum Hotel.

Untuk ke sini, cari tujuan korang ke alamat : 1441 Yulgok-ro, Gangdong-myeon, Gangneung-si, Gangwon-do, South Korea

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.