Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Review Holiday Inn Alpensia Pyeongchang 5 Bintang

Pertama kali sampai ke Pyeongchang, satu bandaraya yang terletak di kawasan pergunungan dan memang tumpuan pelancong lebih-lebih lagi kalau tiba musim sejuk atau musim salji. Ini cerita Hotel Review Holiday Inn Alpensia Pyeongchang. Di sini, ia seakan menjadi pesta bermain ski di Korea Selatan kerana kemudahan yang di sediakan serta pemandangan bukit bukau yang indah bila tiba musim sejuk. MrJocko berpeluang menginap di Holiday Inn yang bertaraf 5 Bintang.

Sewaktu kami sampai di kawasan tersebut, walaupun sekarang menghampiri musim panas, suhu sekitar dalam 10 darjah celcius. Memang sejuk. Kawasan ni masih diliputi kabus tebal dan angin yang bertiup memang sejuk.

Baca : Musim Bunga Cherry Blossom Cantik Di Korea

Holiday Inn Alpensia Pyeongchang

 


Hotel Review Holiday Inn Alpensia Pyeongchang

holiday inn alpensia
Holiday Inn Alpensia Pyeongchang

 

Holiday Inn Alpensia ini adalah antara Skir Resort terbaik di South Korea dan menjadi tumpuan ramai pelancong untuk menikmati pengalaman bermain ski di Korea Selatan.

 

holiday inn alpensia

 

holiday inn alpensia

 

holiday inn alpensia

 

Bilik kami ialah Superior Room yang mempunyai 2 katil single dan ia memang luas. Punyai balkoni sendiri, TV, almari siap dengan sterika, fridge mini, minuman kopi dan teh serta bilik air yang memang cantik. Harga biasa adalah RM1,000++ tetapi musim seperti ini harga di kurangkan sehingga sekitar RM500++ sahaja. Ini kerana sekarang bukan musim Peak di kawasan ini.

Oleh kerana kami datang dalam kumpulan yang ramai, pihak pengurusan sudah memohon pihak hotel menyediakan menu masakan halal. Jadi, untuk sarapan pagi kami tiada masalah. Boleh dikatakan banyak menu halal yang disediakan dan menu yang sedap sedap belaka.
 

holiday inn alpensia

 

holiday inn alpensia

 

holiday inn alpensia

 

Permandangan luar di sekitar Holiday Inn Alpensia Pyeongchang ini memang cantik. Musim seperti ini pun tetap segar dan cuaca amat sejuk. Ia dijaga dengan elok dan permandangan di belakang resort memang sangat menarik berlatar belakangkan trek bermain ski. Bayangkan kalau musim sejuk, sudah tentu ia lebih cantik dan menarik.

 

holiday inn alpensia

 

holiday inn alpensia

 

holiday inn alpensia

 

Walaupun hanya sempat menginap satu malam sahaja di Holiday Inn Alpensia ini, MrJocko amat berpuas hati. Kalau datang sendiri, belum tentu dapat menginap di hotel bertaraf 5 Bintang seperti ini. Ia memang hotel terbaik di sini sehinggakan Holiday Inn Alpensia sudah di pilih menjadi destinasi inapan utama untuk Sukam Olimpik Musim Sejuk 2018 nanti. Pada masa itu, atlit Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 akan berkampung di sini selama kejohanan Olimpik Musim Sejuk 2018 Pyeongchang berlangsung.

InsyaAllah, kalau ada rezeki, ingin sekali lagi datang ke Pyeongchang ini untuk menikmati permandangan musim sejuk pulak. Untung-untung boleh bermain Ski di sini 🙂

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.