Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Review Hostel Enisia Namba Osaka Capsule Hotel

Tahun 2018, saya singgah sekejap di Osaka. Ini kisah Hotel Review Hostel Enisia Namba Osaka, sebuah Capsule Hotel terletak di tengah bandar. Oleh kerana saya ke sini untuk satu malam sahaja, nak murah saya pilih untuk menginap di sini. Singgah untuk tidur selepas seharian di tengah kawasan Dotonbori Osaka. Harga pun murah, tempat selesa.

Masa tu saya lihat dalam online harga sekitar JPY2000 (MYR80). Tapi, saya singgah di kaunter untuk walk-in dan Alhamdulillah dapat dengan harga sekitar JPY1600 (RM60) sahaja.Tak pastu pulak macamana diorang kira, tetapi yang pasti saya check-in sekitar jam 6.00pm, waktu Maghrib.

Baca : Tempat Shopping popular Orang Malaysia di Osaka

hostel enisia namba osaka

 


Hotel Review Hostel Enisia Namba Osaka Capsule Hotel

hotel-review-hostel-enisia-namba-osaka-01
Dotonbori Osaka

hotel-review-hostel-enisia-namba-osaka-02 copy
Pintu Masuk Hostel Enisia Namba

 

Untuk naik ke sini agak susah sikit kerana ia terletak di tingkat 2. Tetapi tak jadi masalah kerana tangga di sekitar negara Jepun boleh dikatakan friendly user.

Pendaftaran sangat mudah, pilih bilik mana yang kita mahu, kebanyakkannya bilik capsule yang memuatkan seorang tetamu dan bayar. Anda akan menerima satu tuala dan juga satu selipar untuk memudahkan anda guna di dalam bilik hostel.
 

Review Hostel Enisia Namba Osaka

hotel-review-hostel-enisia-namba-osaka-03
Breakfast di Enisia Namba

hotel-review-hostel-enisia-namba-osaka-05

hotel-review-hostel-enisia-namba-osaka-06
Capsule Hotel Enisia

hotel-review-hostel-enisia-namba-osaka-07
Lobby Hostel Enisia

 

Oleh kerana saya datang ke sini agak lambat, saya singgah untuk letak barang, solat sekejap dan terus turun untuk cari menu makan malam di sekitar kawasan ini. Ada banyak kedai tempura dan ada beberapa kedai Kebab yang menjual menu makanan halal.

Selepas makan, saya kembali ke bilik untuk berehat kerana agak kepenatan selepas seharian dari lapangan terbang Osaka Kansai dan menuju ke Namba dengan keretapi. Apa yang saya nak buat, saya nak mandi air panas.

Memandangkan kawasan Osaka masih lagi dingin ketika bulan April 2018, mandi air panas di waktu malam buleh melegakan tubuh selepas seharian berjalan. Mengujakan kerana di sini ada banyak bilik mandi dan bilik air. Tidak perlu nak berebut atau menunggu. Air mandian juga punyai tekanan yang kuat, air sejuk dan air panas cukup lengkap dengan Berus Gigi Percuma, Sikat, Dryer dan juga tong sampah yang cantik.

Waktu malam, tidur memang nyenyak. Bilik capsule memang kecil tetapi pengudaraan di sini agak baik dan tidak terasa lemas. Tilam dan selimut memang terbaik ditambah dengan tetamu lain di capsule lain memang tidak bising.

Awal pagi, kena pandai lock loceng jam, sebab dalam bilik agak gelap. Nanti takut terbabas tidur, maklumlah sejuk, tilam selesa dan selimut yang lembut.

Oh ya, di sini di sediakan sarapan ringan percuma kepada semua tetamu hostel. Ada disediakan teh dan kopi, kena bancuh sendiri dan juga biskut. Sudah cukup untuk alas perut sementara keluar masa check-out untuk makan Tempura waktu tengahari.

Pastinya, jika anda nak datang Jepun, jangan risau tentang kos yang mahal. Sebenarnya, masih ada banyak lagi pilihan hostel, capsule hotel atau hotel yang lebih murah untuk anda pilih.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.