Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Review Lake View Toya Nonokaze Resort Pengalaman 2 Hari 1 Malam

Jepun punyai banyak hotel terbaik untuk tetamunya. Antara yang menjadi bualan ramai pelancong ialah hotel hotel di Lake Toya. Terletak kira-kira 75 km dari Ainu Village dan 105 km dari bandar Sapporo, MrJocko nak kongsi kisah Hotel Review Lake View Toya Nonokaze Resort Pengalaman 2 Hari 1 Malam.

Hotel Lake View Toya Nonokaze Resort antara hotel yang punyai kemudahan Onsen terbaik di sini dan antara hotel paling mahal di Lake Toya. Ia diklasifikasi sebagai Hotel 4 Bintang dan punyai banyak kemudahan dan view menarik menghadap Tasik Toya dan Nakajima Island.

Lake View Toya Nonokaze Resort

Lake View Toya Nonokaze Resort

Antara komen tetamu hotel tentang Lake View Toya Nonokaze Resort di Tripadvisor, boleh korang baca satu persatu di www.tripadvisor.com
The best Ryokan you can get in Lake Toya, service is impeccable from the moment you arrive with car. One of the best onsen I experienced, multiple huge pools with the outdoor rooftop onsen including an amazing view to Lake Toya. Buffet style dinner and breakfast is a slight disappointment, food is fresh but selection could be better, I suggest they focus on Japanese food rather than the international sections. Room is amazing with lake view, size is huge and modern. Overall we had a blast staying at this Ryokan.

Hotel Review Lake View Toya Nonokaze Resort

Hotel Room Hotel Review Lake View Toya Nonokaze Resort

MrJocko sampai di hotel ini sudah melewati waktu makan malam, sekitar jam 7.00 malam waktu Hokkaido. Kami terus menikmati menu makan malam sebelum kembali ke bilik.

Ruang bilik kami memang luas dan di katakan adalah High Floor Standar Twin Room dengan harga sekitar JPY19000 (MYR690) untuk dua orang termasuk sarapan pagi. Kalau tiba musim sejuk, peak hour, harga akan lebih mahal dari biasa memandangkan waktu salji, pemandangan di sini adalah terbaik.

Hotel Review Lake View Toya Nonokaze Resort

Hotel Review Lake View Toya Nonokaze Resort

Ruang bilik di sini memang luas dan tidak seperti bilik hotel biasa di Jepun yang kecil, sekitar 16.5 sqm. Di sini, bilik kami seluas 36.8 sqm. Sangat puas hati dengan setiap bilik menghadap Lake Toya yang cantik.

Katil juga besar. Untuk tidur berdua, ia sangat selesa. Apatah lagi, kalau tidur seorang macam MrJocko, lagi lah selesa sangat-sangat.

Hotel Review Lake View Toya Nonokaze Resort

bathroom Hotel Review Lake View Toya Nonokaze Resort

Baca : MrJocko dan Hokkaido

Ruang bilik air sangat selesa dengan kemudahan tandas yang luas dengan air panas dan juga tab mandi. Ruang santai di depan dan juga beranda menghadap tasik sangat memukau. Kalau ke sini, ini memang hotel terbaik untuk korang pilih di Lake Toya.

bathroom Hotel Review Lake View Toya Nonokaze Resort

Lake View Toya Nonokaze Resort

Hotel Review Lake View Toya Nonokaze Resort

Informasi lanjut tentang promosi, bilik hotel, servis dan beberapa fakta lain tentang Lake View Toya Nonokaze Resort boleh layari laman web rasmi mereka di link ini http://en.nonokaze-resort.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.