Hotel Review Nhan ModDang Resort Phatthalung Thailand
|Ketika singgah melawat di Phatthalung, ini antara resort yang unik dan rare. Lokasi agak jauh dari pekan, tetapi ia menjadi lokasi penginapan terbaik untuk anda yang mahukan aktiviti air seperti Kayak dan Water Rafting. Ini adalah coretan Hotel Review Nhan ModDang Resort Phatthalung Thailand.
Kawasan Phatthalung di Selatan Thailand ini memang mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit bukau. Kawasan agak sejuk dan dingin. Ada banyak anak sungai dan hutan yang segar. Sebab itu, ia kini antara destinasi yang popular bagi peminat aktiviti lasak seperti kayak dan water rafting. Geng-geng motosikal juga memang suka ke sini untuk aktiviti menunggang.
Baca : Tempat-Tempat Menarik di Phatthalung Thailand
Hotel Review Nhan ModDang Resort Phatthalung Thailand
Dari luar, sebenarnya saya tak perasan yang kat sini ada banyak bilik resort. Sebab, pada awalnya mati0mati kami ingatkan ia adalag perdu atau batang pokok balak. Namun selepas beberapa kali melalui kawasan ini baru lah perasan yang ia adalah bilik-bilik resort di Nhan Moddang ini.
Bilik saya adalah bilik standard biasa. Anggaran harga untuk pakej 2 hari 1 malam di sini bermula dari THB1500 (MYR202) termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Mereka mempunyai sekitar 26 bilik termasuk bilik untuk memuatkan 5 orang sehingga 14 orang, bermula dari harga THB3000 (MYR405).
Ruang bilik agak besar. Dengan saiz katil yang hampir sebesar saiz King Bed, ia memang sangat selesa. Ada ruang untuk Teh dan Kopi, Mini Fridge, TV LCD, dan juga semestinya WiFi Percuma. Oh ya, bilik air dia simple, tetapi sangat menarik. Tak pernah lagi saya menginap di resort dengan punyai bilik air yang berbentuk semi-sfera yang unik.
Baca : Makan Manisan Sedap Tradisional Thailand di Phatthalung
Pastinya, kalau mnginap di sini, kena la rancang untuk lakukan aktiviti Water Rafting atau Kayaking di Sungai berdekatan dengan Nhan Moddang Resort Phatthalung ini. Harga pakej kayak jauh lebih murah berbanding dengan pakej di Malaysia.
Memandangkan tak jumpa laman web rasmi resort ini, maka kalau anda nak tengok gambar dan baca review lain tentang baik atau buruk resort ini boleh la layari laman web TripAdvisor Nhan Moddang Resort.
Nhan Moddang Resort terletak di kawasan Daerah Pa Salom Phatthalung. Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi di talian 089-8731464, 081-3702123, 081-0820206.