Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Review Palm Beach Resort & Spa Labuan Hotel 3 Stars

Andai kata, anda perlukan percutian yang tenang, senario pantai, suasana mewah dengan harga yang murah dan berbaloi, boleh cuba untuk menginap di sebuah resort popular di Labuan. Ini kisah Hotel Review Palm Beach Resort & Spa Labuan Hotel 3 Stars, pengalaman 2 hari 1 malam di resort tepi pantai Wilayah Persekutuan Labuan.

Lokasi resort dan spa ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Labuan dan juga pusat bandar. Ia destinasi yang agak tenang dengan kawasan pantai dan laut yang cantik, khas buat anda yang inginkan percutian yang mendamaikan.

Hotel Review Palm Beach Resort & Spa Labuan Hotel 3 Stars

hotel review palm beach resort labuan 04 copy

hotel review palm beach resort labuan 01
Lobby Hottel Palm Beach Resort & Spa
hotel review palm beach resort labuan 02
Restaurant Palm Beach Resort & Spa

Baca : MrJocko dan Pengalaman Hotel Review
Palm Beach Resort & Spa terletak di Pulau Labuan, yang terletak di sebelah barat Borneo Malaysia. Resort tepi pantai ini menawarkan 245 bilik selesa yang luas dengan banyak kemudahan di 17 ekar pantai persendirian dan taman-taman tropika yang menarik.

Resort ini baru-baru ini dinaikkan taraf dan kini menawarkan percutian dan perniagaan pelancong peluang untuk percutian yang menyenangkan dan santai, dan hanya 20 minit pemanduan dari pusat bandar dan perindustrian.

Resort ini direka untuk menggabungkan pemandangan yang cantik dengan persekitaran semula jadi. Tak hairan, saya berani kata, resort ini adalah resort terbaik di Pulau Labuan.

Nota Kaki : Kamera dan Lensa untuk trip ini ditaja oleh Lens Library
 

hotel review palm beach resort labuan 03
Set TV LCD
hotel review palm beach resort labuan 05
Bilik Mandi Bath Tub
hotel review palm beach resort labuan 08
Katil Queen Size

Harga bilik untuk Deluxe King (Garden View), hanya serendah RM158 sahaja (mengikut harga tawaran harga bilik di AGODA dan Google Maps). Untuk harga yang lebih menarik, boleh layari laman web rasmi PalmBeachResortSpa Labuan.

Harga untuk bilik lain, ada yang lebih menarik termasuk Deluxe King (Sea View), Suite King/Twin ( Full Sea View), Deluxe Twin (Garden View). Nak lebih menarik, boleh inap di Suite.

Antara kemudahan yang ada di sini termasuk Kolam Mandi, Songket Spa dan juga Open Space Santai Beach Bar yang menghadap laut. Untuk anda yang datang berkumpulan, ada aktiviti Teambuilding, Kayaking dan juga sukan pantai termasuk Tarik Tali.

Untuk pengalaman saya, pastinya menu Pizza di Santai Beach Bar dengan Air Kelapa memang satu momen terbaik santai waktu petang di Palm Beach Resort. Sangat menenangkan percutian kali ini. Pizza yang dimasak menggunakan arang di sini, memang terbaik.

Tak rugi kalau menginap di Palm Beach Resort & Spa Labuan.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.