Hotel Review Sripakpra Andacura Boutique Resort Phatthalung
|Ini kali pertama saya sampai di Phatthalung. Satu bandar kecil atas daripada Hatyai, tetapi punyai tarikan tersendiri. Pengalaman kami, berpeluang menginap di resort persisir tasik Thale Noi yang terkenal. Ini adalah cerita Hotel Review Sripakpra Andacura Boutique Resort Phatthalung di Selatan Thailand.
Waktu kami sampai sini sudah hampir waktu malam. Tak banyak yang boleh kami buat, melainkan menunggu untuk makan malam. Yang pasti, waktu sunset di sni pun sangat cantik dengan pemandangan tasik dan juga ikon sinonim di Phatthalung iaitu PakPra, sejenis pukat peralatan untuk menangkap ikan secara tradisional.
Baca : Tempat Menarik Yang Boleh Anda Lawat Di Phatthalung Thailand
Hotel Review Sripakpra Andacura Boutique Resort Phatthalung
Kawasan ini tak jauh dari pekan Phatthalung. Ia antara resort terbaik di sini dan menjadi pilihan ramai pelancong tempatan dan luar negara. Harga pakej bilik di sini bermula dari harga THB2300 (MYR300) bagi penginapan 2 hari 1 malam untuk 2 orang termasuk sarapan pagi.
Sripakpra Andacura Resort ini dikatakan diberi rating 5-Star, salah satu penginapan mewah di Phatthalung. Tetapi secara pribadi, saya rasa ia hanya mampu dikategorikan sebagai 4-Star sahaja. Sebab, ada beberapa kelemahan lain yang rasanya perlu ditambahbaik.
Resort ini terletak di kawasan Wat Khuha Sawan iaitu kira-kira 30 minit pemanduan. Pun begitu, tempat menarik kawasan ini, Thale Noi Waterfowl Park hanya terletak sekitar 5km sahaja.
Resort ini menawarkan sebanyak 37 bilik. Ia adalah penginapan yang menawarkan kemudahan WiFi percuma, bilik yang luas, TV, dengan kemudahan tab mandi dan semestinya pemandangan dari bilik yang menakjubkan.
Sementara itu, ia menawarkan kemudahan lain seperti outdoor pool dan juga Gimnasium untuk tetamu hotel.
Kalaulah anda menginap di sini, tak perlu pergi jauh. kawasan resort juga menyediakan banyak aktiviti menarik seperti berbasikal percuma kepada tetamu hotel, atau ambil pakej tambahan untuk aktiviti melihat Sunrise di Pakpra atau Pokok Teratai di Thale Noi.
Selain tu, kalau nak santai mandi manda di kolam mandi di sini pun dah cukup menarik sambil menikmati pemandangan landskap yang cantik sekitar SriPakpra Andacura Resort.