Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Review Sripakpra Resort Thalenoi Phatthalung Thailand

Saat kami menginap di Phatthalung, kami sempat singgah di hotel ini. Srpakpra Andacura Boutique Resort dan juga Sripakpra Resort Thalenoi. Memandangkan saya menginap di Sripakpra Resort Thalenoi, jadi nak kena kongsi juga pasal Hotel Review Sripakpra Resort Thalenoi Phatthalung Thailand. Mesti ramai tak sangka, dipekan kecil seperti ini masih ada hotel bertaraf hampir 4 Bintang.

Resort Sripakpra Thalenoi ini berada dalam kelasnya tersendiri. Dengan mengambil kedudukan, lokasi, perkhidmatan yang disediakan termasuk kemudahan lain, saya rasa ia boleh diberikan penarafan Resort 4 Bintang. Jauh dari kesibukkan kota besar, tetapi ia masih memberikan pengalaman percutian yang agak mewah kepada tetamu resort. Tahniah untuk resort ini.

Baca : Hotel Review Sripakpra Andacura Boutique Resort Phatthalung

Hotel Review Sripakpra Resort Thalenoi Phatthalung Thailand

Hotel Review Sripakpra Resort Thalenoi

Hotel Review Sripakpra Resort Thalenoi

Hotel Review Sripakpra Resort Thalenoi
 

Secara peribadi, saya berani kata resort ini antara resort terbaik di Phatthalung. Ada duit lebih boleh la rasai pengalaman menginap di resort yang terletak di persisir Tasik besar Thalenoi Phatthalung ini.

Rezeki saya menginap di bilik yang agak besar, Junior Suite agaknya. Dengan saiz katil besar King, punyai kelambu yang romantik, ruang bilik besar dengan tambahan sofa bed serta ruang luar yang luas, mampu untuk ruang santai sehingga 6 orang.

Bilik air dan bilik mandi yang berasingan, luas dan sangat selesa dengan kemudahan toiletries yang agak mewah.
 

Hotel Review Sripakpra Resort Thalenoi

Hotel Review Sripakpra Resort Thalenoi

Hotel Review Sripakpra Resort Thalenoi

Hotel Review Sripakpra Resort Thalenoi

Hotel Review Sripakpra Resort Thalenoi

Hotel Review Sripakpra Resort Thalenoi
Pemandangan Menghadap Tasik Thalenoi

 

Tengok bilik sahaja anda mesti dah boleh agak keselesaannya. Dengan kemudahan LCD TV dan WiFi percuma, sambil menikmati pemandangan Tasik Thalenoi, pasti akan santai dengan selesa di sini. Tambah lagi kalau anda melancong dan menginap dengan orang tersayang.

Pakej harga bilik di sini bermula dari harga sekitar THB199. Ada banyak pilihan di sini termasuk bilik Suite dan bilik VIP. Ada kemudahan Restoran, Cafe, Kedai Serbaneka, Gym, Spa, Kolam Renang, Dobi dan macam-macam lagi. Memang terbaik di Phatthalung.

Waktu malam memang sunyi. Inginkan kedamaian sebenar? Mungkin anda akan jumpanya di sini.

Nak cuba? Boleh la tempah pakej penginapan and di Sripakpra Resort Thalenoi di Agoda.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.