Hotel Review The Barat Tioman Kampung Juara Resort 3 Bintang
|Pulau Tioman ni ada banyak bahagian. Kawasan Kampung Juara ni mungkin tak ramai orang Malaysia singgah, sebab untuk ke sini, kena bayar extra RM20 sehala prjalanan menggunakan pacuan 4 Roda 4X4 dari Kempung Tekek. Alhamdulillah, saya sempat merasa singgah di sini. Ini cerita tentang Hotel Review The Barat Tioman Kampung Juara Resort 3 Bintang.
Untuk ke The Barat Tioman Resort ni, anda boleh menaiki pacuan 4X4 atau menggunakan bot ke Jeti Kampung Juara. Ini kerana, kawasan ini terletak bertentangan dengan kawasan Kampung Genting, Kampung Tekek, Kampung Paya dan juga Kampung Air Batang.
Tapi, kalau dah sampai sini, pemandangan sekitar Kampung Juara dan Pantai The Barat Tioman memang memukau. Ia kawasan agak berteluk menghadap Laut China Selatan. Lebih menarik, kat sini ada satu Pusat Pemuliharaan Penyu, salah satu tarikan di Kampung Juara, Tioman.
Baca : Tempat Menarik di Negeri Pahang Darul Makmur
Hotel Review The Barat Tioman Kampung Juara Resort 3 Bintang
Setahu saya, ada dua resort menggunakan nama The Barat. Satu lagi di Pulau Perhentian yang dikenali dengan The Barat Perhentian. Yang ini The Barat Tioman, satu kumpulan dan mereka punyai konsep dan standard servis resort mereka yang tersendiri.
Tersembunyi di pantai timur Pulau Tioman, Pantai Kampung Juara mengekalkan keindahan pantai pasir keemasan sejauh 2km. Pantai ini, pernah diundi oleh CNN sebagai pantai yang paling indah di dunia.
Resort ini, terletak di kawasan seluas 5 hektar di tepi pantai, The Barat Tioman menawarkan keselesaan 56 bilik berhawa dingin yang luas dengan kemudahan moden. Menarik di sini, ruang restoran menyediakan pelbagai menu menarik, kolam mandi yang cantik, serta pemandangan laut yang menakjubkan.
Ya, paling saya suka di The Barat Tioman adalah pemandangan pantai dengan susunan dekorasi kerusi, meja dan buaian santai di tepi pantai. Mengujakan.
Andai tak nak mandi laut, kolam mandi yang disediakan di sini memang memuaskan hati sesiapa sahaja, termasuk satu kolam mandi untuk kanak-kanak.
Bercakap tentang bilik, ruang yang ada disini digunakan sebaiknya. Secara umum di The Barat Tioman mempunyai 56 bilik termasuk bilik-bilik Standard, Deluxe, Superior, Seaview Hilltop Villa, Seafront Chalet, Seafront Room dan juga bilik Executive Family Room.
Mengikut harga tertera dari Agoda.com, harga ditawarkan serendah RM183 sahaja. Wow!!!
Untuk tempahan, boleh ke laman web rasmi mereka www.barattioman. Atau ke alamat Lot 438 Kampung Juara Pulau Tioman, 26800 Kuala Rompin, Pahang. No telefon 09-419 3288