• Mon. Sep 25th, 2023

Hua Hin Sam Phan Nam Floating Market Di Thailand

Sam Phan Nam Floating Market di Hua Hin adalah lokasi floating market (pasar terapung) yang terbaru di Hua Hin. Lokasi pasar terapung ini adalah lokasi baru yang menggantikan pasar terapung yang lama. Untuk informasi, Sam Phan Nam Floating Market ini adalah pasar terapung buatan manusia yang besar dan terbaru di Hua Hin bagi menggantikan lokasi pasar terapung yang lama.

 

Untuk ke Sam Phan Nam Floating Market di Hua Hin ini anda cuma perlukan sekitar 17 minit dari bandar Hua Hin atau pantai Hua Hin. Anda boleh menaiki kereta atau menaiki teksi untuk ke lokasi ini.

 

 

 

 

Hua Hin Sam Phan Nam Floating Market

  

 

Sam Phan Nam Floating Market

 

Sam Phan Nam Floating Market

 

Sam Phan Nam Floating Market

 

Floating Market di Thailand ini memang banyak dan antara lokasi lain ialah di Bangkok seperti Damnoen Saduak Floating Market Bangkok, Talin Chan Floating Market Bangkok, Tha Kha Floating Market Bangkok, Pattaya Floating Market atau beberapa lokasi pasar terapung di Thailand yang lain. Konsep floating market ini katanya diambil dari konsep yang diperkenalkan pada zaman King Rama V dan King Rama VI zaman pemerintahan mereka.

 

Sam Phan Nam Floating Market ini mempunyai sekitar 200 outlet kedai menjual barangan seperti pakaian, makanan, aksesori dan beberapa kedai cenderahati. Dalam kawasan Sam Phan Nam Floating Market ini juga mempunyai sekitar 40 gerai yang diubah menyerupai sampan dan ruang niaga diatas air. Kebanyakkannya menyerupai sampan dan mereka berniaga makanan. 

 

Boleh dikatakan hampir 100% barangan yang dijual di Sam Phan Nam Market ini adalah produk hasil dari Thailand dan peniaga di sini adalah warga Thailand.

 

 

Hua Hin Sam Phan Nam Floating Market 

 

Sam Phan Nam Floating Market

 

Sam Phan Nam Floating Market

 

 

Hua Hin Sam Phan Nam Floating MarketSam Phan Nam Floating Market

 

Hua Hin Sam Phan Nam Floating Market

 

musalla Sam Phan Nam Floating Market

Untuk pengunjung Muslim, di Sam Phan Nam Market ini menyediakan satu ruang solat khas Musalla buat orang Islam yang berkunjung ke sini. Ruang solat Musalla ini juga adalah luas dan ia boleh menampung sekitar 30 orang jemaah dalam satu satu masa. Ruang solat Musallah di floating market ini juga agak bersih dan memang terletak di tengah-tengah Sam Phan Nam Floating Market Hua Hin.

 

Selama di Hua Hin Sam Phan Nam Floating Market ini, untuk barangan yang dijual di sini mempunyai range harga yang hampir sama dengan barangan yang dijual di pasar malam di sekitar Hua Hin. Tetapi, memandangkan pengalaman di sini adalah satu pengalaman baru dan berbeza, MrJocko syorkan anda singgah di sini jika anda sempat melancong ke Hua Hin atau Prachuap Khiri Khan.

 

 

Hua Hin Sam Phan Nam Floating Market

 

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

4 thoughts on “Hua Hin Sam Phan Nam Floating Market Di Thailand”
  1. berapa ye anggaran duit belanja perlu di bawa utk 3hari 2 malam untuk perbelanjaan ? hope mr Jockp boleh kongsi maklumat.

    1. lokasi Hua Hin ni agak jauh dari Bangkok. Kalau naik bas dlm Rm20 – RM30 dan kalau naik Van dalam RM200 untuk satu Van. Pakej hotel dan makan di Hua Hin masih murah… saya anggarkan RM500 untuk satu kepala termasuk hotel+makan+minum+transport sudah cukup kalau betul2 travel bajet

  2. berapa ye anggaran duit belanja perlu di bawa utk 3hari 2 malam untuk perbelanjaan di Hua Hin? hope mr Jocko boleh kongsi maklumat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.