Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

HUJAN dah turun…

Ernieee,,, angkat kain jemurannn,,, Ujan dah turunnn,,,

Korang ingat lagi dialog script tu? Pendekar Bujang Lapok. Citer P Ramlee. Kalau time tu diorang bleh naik ke atas umah trus tak nak basah ( walaupun bukan hujan sebenar ), camana plak kalau time tu, hujan tiba2 turun masa korang tengah naik motosikal?

Sian gak tengok diorang. Terpaksa la redah jugak. Yg ada baju hujan, cepat2 stop dan pakai baju hujan. Walaupun hakikatnya, tetap basah lencun bila kena hujan. Aku tau pasal aku dulu2 penah gak dtg keja naik moto. Pakai baju hujan taknak kasi sejuk sangat dan taknak nampak too stupid bila redah hujan tanpa baju hujan.

Sebab lain orang redah ujan pasal dah emergency nak kena balik cepat, contoh cam skang, musim puasa. Nak balik buka kat umah. Yg takder baju hujan, stop la mana2 fly over atau busstop mana2 sementara hujan reda.

Susah bwk moto tengah hujan ni. Jalan licin, tayar moto brp lebar sangat? Nipis jer. Pastu time hujan gini, kereta ke, lori ke, bas ke atau kenderaan besar lain slalu tak hiraukan kita yg naik moto ni. Dan slalu moto la yg kena himpit. Alasan? Tak nampak moto duk sebelah. Ujan lebat tak nampak.

Korang yg naik moto dtg keja atau slalu naik moto, be carefull ya…

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.