Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hukum Titiskan Ubat Mata di Bulan Puasa Batal Atau Tidak?

Aku ni jenis mata selalu gatal-gatal. Bukan aku yang gatal yer. Ini nak cerita pasal Hukum Titiskan Ubat Mata di Bulan Puasa. Ramai sangat yang tanya dan nak dapatkan kepastian pasal hukum ini. Sebab, mereka risau kalau terbatal puasa akibat perbuatan kecil ini.

Bila kita gatal mata, dah banyak kali ke Klinik. Asyik-asyik doktor di klinik akan beri ubat titisan air macam Eye-Mo. Titisan air ubat untuk dititiskan ke dalam mata jika gatal. Selalunya kata doktor, itu mungkin allergik akibat makan seafood atau pun habuk-habuk yang berterbangan disekitar kita.

Sebenarnya, aku risau aku ni kena penyakit Resdung yang teruk jer. Dah itu nasihat doktor, aku percaya jer la apa yang di nasihatkan. So, aku pakai la ubat mata ni. Time mata aku rasa macam gatal je, aku titiskan cecair ni ke dalam mata.

Baca : Perkongsian Tentang Agama di Blog MrJocko



Hukum Titiskan Ubat Mata di Bulan Puasa

HUKUM TITISKAN UBAT MATA DI BULAN PUASA
 

Masalah skang, dah masuk bulan puasa. Ada yang cakap boleh batalkan puasa, kalau titiskan ubat ke dalam mata. So, aku gigih la meng’google’ carik info. Skali terjumpa blog saudara ini  http://munajjat.blogspot.com/ Setelah membaca apa yang ditulis, aku kini yakin, titis air ubat mata tidak membatalkan puasa.

Sila baca yer…

1. Shaykh Ibn ‘Uthaymeen (may Allaah have mercy on him) said: There is nothing wrong with a fasting person using kohl, or putting drops in his eyes, or putting drops in his ears; even if he notices the taste of that in his throat, that does not invalidate his fast, because it is not food or drink, and is not like food or drink. The evidence forbids eating and drinking, and that does not include things that are not like food or drink. What we have mentioned is the view favoured by Shaykh al-Islam Ibn Taymiyah (may Allaah have mercy on him) and it is the correct view

2. Adapun mata adalah tidak termasuk dalam apa yang dikatakan rongga itu, demikian dijelaskan oleh Imam Nawawi di dalam kitabnya Raudhah at-Thalibin. Dari hal yang demikian, maka memasukkan sesuatu ke mata dengan sengaja seperti memakai contact lens di kelopak mata ketika berpuasa itu tidak membatalkan puasa.

Hukum Titiskan Ubat Mata di Bulan Puasa

Hukum Titiskan Ubat Mata di Bulan Puasa

Begitu juga menitiskan air titik mata pada mata ketika berpuasa kecuali jika diyakini benda (‘ain) cecair yang dititikkan itu masuk melalui lubang yang ada pada mata itu, dan sampai ke kerongkong, maka apabila benda itu ditelan, batal puasanya. Jika diludahkannya tidaklah membatalkan puasanya. Tetapi jika yang sampai ke kerongkong itu hanya rasanya bukan benda cecair itu, walaupun ditelan tidaklah membatalkan puasanya, kerana rasa itu dinamakan benda (‘ain). Hal ini diqiyaskan pembicaraan ulama tentang memakai celak mata ketika berpuasa.

Nak tahu apa hukum korek hidung dan telinga di bulan puasa? Baca ini http://www.mrjocko.com/2013/07/hukum-korek-hidung-dan-telinga.html

MrJocko.com

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.