Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hutan Paya Laut Matang Mangrove Di Kuala Sepetang

Pertama kali sampai di Kuala Sepetang membuatkan MrJocko tak sabar nak teroka hutan paya laut yang terkenal di Perak dan negara kita Malaysia. Hutan Paya Laut Matang ini adalah hutan paya laut terbesar di semenanjung dan punyai sumber pokok bakau minyak terbesar di sini Malaysia.

 

Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang terletak daerah Matang, Perak. Kemudahan lain yang terdapat di hutan lipur ini adalah pondok rehat, surau, dewan makan, tapak perkhemahan, chalet, jeti bot, dan tandas.

 

Banyak yang MrJocko belajar ketika ke Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang sebab sebelum ini tidak pernah ambil tahu tentang kepentingan hutan paya bakau ini.

 

Mungkin ramai tidak tahu, hutan paya laut Matang ini menyumbangkan 70% dari hasil hutannya untuk dijadikan arang dan dieksport ke Jepun dan negara-negara maju yang lain. Kualiti arang kayu dari pokok bakau minyak di Kuala Sepetang ini adalah antara arang kayu terbaik di dunia.

 

Hutan Paya Laut Matang Mangrove 

 

Hutan Paya Laut Matang Mangrove Di Kuala Sepetang

 

Pertama kali sampai di Kuala Sepetang membuatkan MrJocko tak sabar nak teroka hutan paya laut yang terkenal di Perak dan negara kita Malaysia. Hutan Paya...

 

Hutan Paya Laut Mangrove Kuala Sepetang

 

 

 

Hutan Paya Laut Mangrove Kuala Sepetang

 

 

Hutan Paya Laut Matang Mangrove 

 

Kawasan Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang ini di buka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah. Tiada bayaran masuk dikenakan.

 

Hutan Paya Laut Matang ini terletak 10 km dari Bandar Taiping dan 84 km dari Bandaraya Ipoh melalui Jalan Ipoh – Taiping. Untuk informasi anda, Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang terletak dalam Hutan Simpan Jebong.

 

Alamat : 

Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang,

34000 Taiping, Perak

Tel. : 605-8072 672

Faks : 605-8067 743

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.