Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hutang, Senang Meminjam, Susah Membayar

Realiti hidup masa kini, boleh dikatakan hampir semua orang pernah ada pengalaman meminjam. Tak kira samada meminjam wang, pinjam barangan atau juga pinjam idea rakan-rakan atau kenalan. Yang biasa kita dengan hutang, meminjam wang.

Ramai yang pernah meminjam wang dari bank, keluarga atau rakan-rakan. Mesti ramai yang setuju bila MrJocko katakan bila bab Hutang, masa pinjam senang saja, tapi masa nak bayar memang sangat susah.

Pengalaman MrJocko sendiri, bila kesempitan, pinjam la duit dari rakan, tetapi bila tiba masa nak bayar, terasa macam susah dan rasa rugi pulak nak bayar. Kenapa jadi macam tu agaknya.

 

 

Oleh sebab terasa susah nak bayar hutang, MrJocko tekad dan cuba sedaya upaya tak nak berhutang lagi. Ayat mudah, tak nak dah buat hutang baru dah. Dah serik,,, Alhamdulillah, sudah masuk 7 tahun MrJocko tak ada hutang baru. Rezeki yang ada sekarang buat bayar hutang lama sikit demi sedikit, sehingga selesai. Harap-harap boleh selesaikan dengan cepat…

Bagi yang nak meminjam duit dari rakan-rakan untuk tujuan peribadi, ingatlah, kita perlukan duit, orang lain pun perlukan duit. Jangan kerana hutang, kita berbalah sesama adik beradik, rakan taulan serta kenalan.

Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut.

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.