Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

i LOVE AirAsia

“Rekod dunia: AirAsia jual 500,000 tempat duduk dalam 24 jam

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — AirAsia Bhd telah mencapai rekod dunia dengan menjual lebih daripada 500,000 tempat duduk pada hari pertama kempen “Mind Blowing Fare”nya.

Syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka itu berkata yang ia telah menjual 538,000 tempat duduk pada hari pertama kempen, yang menawarkan tambang RM1 untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.
Promosi kempen “Mind Blowing Fare” yang sedang berlangsung menawarkan RM1 untuk tempahan dari 10 hingga 15 Ogos, 2010, bagi perjalanan antara 1 April dan 11 Ogos, 2011. “

Wahhh!!! Dari pemegang rekod “Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Sedunia Terbaik 2009 & 2010” skang dah cipta rekod 500,000 tiket dlm masa 24 jam… Rekod dunia lak tu.
Aku tumpang gembira pasal aku pun termasuk dlm list tu… Hehehe…

Tiap bulan, mesti aku duk tunggu tiket murah dr AirAsia ni. Bila nak beli tiket AirAsia, prinsip aku, “Kalau ada yg murah, aku sapu. Kalau tak der tunggu dulu”

Berkat duk tunggu dan sabar cari tiket AirAsia ni lah yg membolehkan aku jalan2 kat Malaysia, Indonesia dan jugak Australia. Lepas ni nak cari Thailand, Vietnam dan Korea.

Kalau tak kerana AirAsia, tak merasa la aku kenal negara orang. Tak merasa la aku nak ke Kota Kinabalu, Kuching, Tawau (Semporna), Langkawi, Penang, Alor Setar, Bandung, Jakarta, Bali, dan Gold Coast.

Coming soon, ada lagi. Hehehe… kali ni mencari tiket ke Seoul, Korea dan nak cari tiket ke Hanoi. Pastu me”libur”kan diri dlm Malaysia plak. Sandakan, Labuan dan maybe ke Miri…

Yg paling bestnya, tiket yg aku bayar adalah sungggggggggggggggggggguh murah… 🙂 Lebih murah dr tiket bas dr JB ke Kangar, Perlis.

So, Tak leh nak bayangkan hidup kalau tanpa AirAsia… Walaupun kadang-kala servisnya cam hampes,,, hehehe
One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.