Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

I Tabik U la UNCLE

Aku dah jumpa Uncle ni 2 – 3 kali kat Public Mutual Bangsar.

Umur dalam lingkungan 55 tahun, berbangsa India, berpakaian uniform Security kaler putih.

Mula2 aku ingatkan dia kerja jaga bangunan Public Mutual tu, skali anggapan tu jauh melencong.

Skali lagi aku buat andaian, dia datang ke sana untuk buat investment duit pencen atau duit gaji beliau. Pun tekaan aku masih meleset. Habis tu, saper dia ni?

Rupernya2 dia juga adalah Unit Trust Consultant. Beliau kerja sebagai Security Officer dan jugak buat part time as Unit Trust Consultant ataupun istilah umum, Wealth Advisor.

Walaupun umur selanjut dia, masih lagi ada semangat, masih ada cara untuk beliau menambah pendapatan bulanan di samping memberi khidmat nasihat tentang bagaimana dan macamana pentingnya mengawal sumber pendapatan, harta serta duit yang ada, untuk menjana pulangan yang maksima dengan risiko yang rendah.

Caya la Uncle, you buat kerja yang jarang2 orang nak buat. Ramai yang malu nak jadi macam U. Ramai yang tak larat nak buat keja macam ni. Penat katanya. Sedangkan bila sebut pasal duit, smua orang nak…

Tabik la kat U la Uncle. U sungguh rajin dan bukan jenis yang malas berusaha. Trus kan perjuangan anda.

p/s : gambar dr HP, dan gambar di ambil secara senyap2 🙂
Sent from my BlackBerry® smartphone

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.