Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

i1Holiday.com Laman Web Carian Hotel Murah Terbaik

Bercadang untuk cuti-cuti semasa musim perayaan, musim high peak ataupun musim low peak? Bila-bila masa sesuai untuk anda gunakan perkhidmatan laman web i1holiday.com, sebuah laman web yang membandingkan harga dan servis hotel seluruh dunia dengan sebegitu details. Untuk laman web ini, i1holiday.com laman web carian hotel murah terbaik untuk semua pengembara.

Untuk bacaan yang betul, i1holiday.com ( i want holiday ), ia memberikan maksud jelas, ‘saya mahukan percutian’. Percutian yang macam mana, semestinya percutian yang berbaloi dengan apa yang kita bayar dan servis yang kita dapat.

Baca : Percutian Musim Sejuk Terbaik Dunia

i1Holiday.com Laman Web Carian Hotel Murah Terbaik

strong>

iholiday-website-hotel-comparison

Selain dari tiket penerbangan, hotel menjadi satu pilihan utama ketika kita melancong. Yang selalu menjadi masalah, ramai antara kita menempah bilik hotel yang agak mahal dan berada di luar kawasan yang menarik. Rugi kan???

Dengan menggunakan perkhidmatan laman web i1holiday.com ini, bukan sahaja anda dapat membuat perbandingan tentang harga pakej hotel yang di tawarkan, anda juga boleh membuat perbandingan lokasi hotel dengan tempat yang menjadi tumpuan, membuat perbandingan bilik dan servis yang di tawarkan serta beberapa review yang telah dikongsikan untuk hotel tersebut oleh tetamu sebelumnya.

Jangan risau, di i1holiday.com ada lebih dari 100,000 buah hotel yang termasuk dalam senarai untuk anda pilih ke semua lokasi destinasi pelancongan utama di seluruh dunia, tak kira ia di Asia, Eropah, negara Arab serta Afrika, setiap destinasi mempunyai pilihan hotel yang pelbagai.

hotel_comparison_i1holiday i1holiday_website_03

Anda yang memilih untuk menginap di hotel 5 star, hotel mewah sehingga kepada pilihan hotel bajet dan dorm untuk backpakers, semua pilihan ada di laman web i1holiday.com. Tujuan mereka, memberikan pilihan anda untuk mendapatkan pakej bilik yang bersesuian dengan kehendak serta bajet anda.

Untuk memudahkan anda faham, laman web i1holiday.com ini ialah laman web yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan laman web carian Expedia.my, Hotels.com, Agoda.com, Skyscanner, AirBNB dan banyak lagi. Ia umpama semuanya dalam satu laman web carian hotel yang mudah dan murah.

Nak beri anda lebih faham, i1holiday ini umpama laman web yang memberikan anda mendapatkan informasi percutian bilik hotel penginapan (selepas ini akan ditambah dengan pakej percutian), seumpama anda memilih pakej percutian ketika musim promosi PERCUTIAN MURAH saban tahun. Bayangkan anda boleh memilih pakej bilik hotel, pakej penerbangan atau pakej percutian murah setiap hari, umpama memilih pakej murah di MATTA FAIR setiap hari. Hebat bukan???

Laman web i1holiday ini hanyalah pengantara dan bertindak sebagai search engine sahaja untuk mencari dan membezakan senarai hotel-hotel yang berkaitan dengan lokasi carian anda. Bila anda membuat pembayaran, ia akan terus ke pautan ‘online payment’ yang selamat seperti menggunakan pembayaran dalam talian untuk Hotels.com, Agoda.com dan beberapa laman web carian yang lain. Jadi, transaksi pembayaran anda dijamin selamat.

hotel_comparison_i1holiday hotel_comparison_i1holiday_02 hotel_comparison_i1holiday

Tengok contoh carian MrJocko untuk destinasi hotel di Tokyo dan Paris. Murahkan? Lihat bagaimana mudah anda untuk mencari pilihan hotel mengikut bajet anda menggunakan internet di laman web i1holiday.com.

Bayangkan harga RM200 sahaja untuk 3 malam di Tokyo dan RM391 untuk 5 malam di Paris. Murah sangat kan??

Buat masa i1holiday hanya menawarkan kepada anda hasil carian untuk pilihan bilik hotel sahaja. Katanya, mereka akan memperkembangkan perkhidmatan mereka kepada pilihan pakej percutian dan beberapa lagi servis berkaitan dengan pelancongan dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut layari laman web mereka: www.i1holiday.com
Facebook: https://www.facebook.com/i1holidaywcv

webpage-i1holiday-malaysia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.